Thursday, April 9, 2009

Pengertian Hadis Sebagai Sumber Kedua -

Oleh: Nur Izni Bt Ismail

Pengertian Hadis Sebagai Sumber Kedua

PENGERTIAN ISLAM
Islam adalah satu-satunya agama yang diakui oleh Allah SWT dan yang telah diredhaiNya bagi hamba-hambanya. Menganuti islam adalah wajib hukumnya bagi seluruh umat manusia. Allah telah memerintah supaya memilihnya sahaja, bukan selainnya. Yakni agama kristian, Buddha, Yahudi, dan lain-lain. Semua agama-agama tersebut tidak diakui sebagai agama di sisi Tuhan Rabbul-Jalil di samping Allah.
Erti Islam dalam bahasa Arab adalah taat dan setia serta ikut perintah. Manakala dalam istilah syarak pula ialah menjunjung tinggi dan mengikut segala yang disuruh oleh pesuruh Allah, Rasulullah s.a.w.serta mempercayaiapa yang diajarkannya itu adalahbenar dan datangnya dari Allah SWT.
Islam mengandungi 5 rukun iaitu :
Mengucap 2 kalimah syahadat, yang sebutannya dlam bahasa melayu iaitu, Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan, melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah SWT
Mendirikan solat
Mengeluarkan zakat
Berpuasa di bulan Ramadan
Menunaikan haji ke Baitullah

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
Sebutan dua kalimah syahadat adalah wajib ke atas tiap-tiap orang yang memeluk islam. Bahkan mestilah diucapkan setiap kali kita bersembahyang sama ada fardhu ataupun sunat, iaitu di waktu bertasyahhud. Kedua-dua penyaksian itu mestilah diucap bersama-sama. Bererti seseorang itu tidak mungkin menjadi seorang muslim, sekiranya dia mengucap hanya satu penyaksian sahaja misalnya dia menyaksi tiada Tuhan melainkan Allah SWT sahaja.

MENDIRIKAN SOLAT
Erti solat adalah mendoakan bagi seseorang dengan yang baik-baik. Dalam istilah syarak bererti pertuturan yakni membaca bacaan-bacaan yang ditetapkan oleh syariat islam, dan perbuatan atau gerak badan denagn cara-cara yang tertentu. Dimulakan dengan takbiratul-ihram iaitu Allahu Akhbar dan diakhiri dengan salam iaitu mengucapkan Assalamualaikum wa rahmatullah.
Solat yang wajib pada setiap orang muslim menyempurnakannya setiap hari pada waktu siang dan malam adalah 5 solat :
Subuh : 2 rakaat
Zohor : 4 rakaat
Asar : 4 rakaat
Maghrib : 3 rakaat
Isyak : 4 rakaat
Kesemuanya berjumlah 17 rakaat yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim-muslimah. Lelaki atau perempuan tanpa uzur syar’i pada sehari semalam. Ditambah pula solat Jumaat, iaitu 2 rakaat yang mengantikan solat zohor. Dilakukan setiap hari Jumaat seminggu sekali. Bagi sesiapa yang menunaikan solat ini maka ia tidak perlu menunaikan solat zohor pada hari tersebut.
Mudah-mudahan kita semua dapat menunaikan solat-solat tersebut dengan sempurna dan waktu yang baik-baik supaya dirahmati oleh Allah SWT dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. AMIN

MENGELUARKAN ZAKAT
Hadis ini menyarankan kepada kita supaya mengeluarkan zakat iaitu untuk membersihkan diri kita daripada sifat-sifat kikir dan terlampau cinta kepada wang dan harta kekayaan atau mementingkan diri sendiri dan mengajar kita supaya bersifat timbang rasa terhadap orang-orang yang berhajat atau yang terlantar dan sebagainya. Hal ini supaya kita menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka. Ia juga sebagai didikan kita supaya tidak terlalu megah diri atau sombong disebabkan kekayaan kita dan menjauhkan diri kita dari sifat kedekut dan bakhil atas diri sendiri. Keran sifat-sifat tersebut dibenci dan dikeji oleh masyarakat sekeliling. Islam mewajibkan zakat ke atas kaum muslimin itu keranaia merupakan suatu rahmat Tuhan yang sangat besar faedahnya bagi yang miskin atau yang kaya. Oleh itu marilah kita bersama-sama mengucap terima kasih kepada Allah SWT yang telah mewajibkan ke atas kita supaya mengeluarkan zakat. Hal ini suapaya kita terhindar daripada mendapat penyakit yang merbahaya.
PENGERTIAN ZAKAT
Zakat dari segi bahasa adalah membersihkan diri dari kekotoran dan sifat-sifat yang terkeji. Dari segi syarak pula mengeluarkan zakat bagi harta yang tertentu diambil dari harta yang tertentu untuk dibagi-bagikan kepada orang-orang tertentu.
Zakat mula disyariatkan pada tahun kedua hijrah dan hukumnya wajib ditunaikan. Zakat terbahagi kepada 2 iaitu :
Zakat harta
zakat yang dikenakan ke atas binatang iaitu unta, lembu, kerbau, dan kambing.
Dikenakan juga ke atas biji-bijian iaitu beras, gamdum, jagung, biji-bijian utama yang menjadi makanan utama manusia.
Buah-buahan iaitu kurma dan anggur.
Logam iaitu emas, perak, harta galian, dan harta terpendam.
Harta perniagaan.

Zakat fitrah
Zakat makanan yang wajib dikeluarkan oleh setiap umat muslim yang mempunyai lebihan makanan bagi dirinya dan tanggungannya untuk waktu siang dan malam hari raya.
Kebanyakannya segantang Baghdad yang dianggar 3 kati 12 tahil.
Kedua-dua zakat wajib dikeluarkan apabila telah sempurna syarat-syaratnya dan cukup nisabnya.
Zakat adalah rukun islam yang kedua wajib ke atas diri seorang muslim.
BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Syariat islam telah memberikan kepada kita suatu cara lain untuk membersihkan apa yang dikatakan karat dan kotor dalam perut kita. Kita diperintahkan supaya berpuasa sebulan Ramadhan dalam setahun iaitu kita makan sepuas-puasnya selama 11 bulan dan hanya sebulan sahaja kita disekat untuk makan iaitu di waktu siang sahaja pada waktu malam kita boleh makan semula.
PENGERTIAN PUASA
Puasa ialah menahan diri dari makan, minum, dan segala perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari pada hari-hari yang dibolehkan berpuasa. Ia disyariatkan pada bulan Syaaban tahun 2 Hijrah. Puasa diwajibkan ke atas umat musliman setahun sekali pada bulan Ramadhan sahaja. Orang yang berpuasa itu mestilah beragama islam, baligh, alik, berdaya mengerjakan puasa yakni tidak sakit dan menetap yakni musafir.

MENUNAIKAN HAJI KE BAITULLAH AL-HARAM
Haji ke Baitullah Al-Haram yang menjadi salah satu dari rukun Islam yang ke 5. Terdapat beberapa syarat orang yang wajib ke haji iaitu :
Islam bukan islam tidak wajib naik haji
Baligh atau cukup umur, anak-anak kecil tidak wajib pergi haji
Akil atau sempurna akalnya. Orang gila tidak wajib
Merdeka. Hamba sahaja tidak wajib
Berkuasa, yakni sihat tubuh badan dan tidak sakit
Ada bekalan untuk dirinya dalam perjalanan dan bekalan untuk orang-orang yang ditinggalkannya dari para tnggunggannya
Ada kenderaan kalau terlalu jauh dan tidak boleh berjalan kaki
Aman dalam perjalanan. Tidak ada perompak di perjalanan atau penganaiyaan yang zalim atau dalam keadaan perang
Tidak suntuk masanya
PENGERTIAN IMAN
Erti iman dlam bahasa arab ialah membenarkan sesuatu lalu mempercayainya. Dalam istilah syarak pula mengaku dengan lidah dan membenarkan dengan hati bahawasanya agama yang dibawa oleh Rasullallah s.a.w itu adalah hak dan benar, tiada syak dan ragu lagi. Terdapat 6 Rukun Iman iaitu :
Beriman kepada Allah
Beriman kepada para Malaikat
Beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan
Beriman kepada Rasul
Beriman kepada Hari Kiamat
Beriman kepada Qada’ dan Qadar
Beriman kepada rukun-rukun iman adalah wajib hukumnya atas setiap muslim-muslimah

Beriman Kepada Allah
Hendaklah anda mengaku dengan lidah dan membenarkan did lam hati bahawa sesungguhnya Allah itu Esa.
Esa pada zatNya, Esa pada sifatNya dan Esa pada perbuatanNya, tiada disekutuiNya sesiapa pun dalam ketuhananNya.
Dialah yang menjadikan ala mini dengan segala isinya daripada malaikat, jin, manusia, matahari, dan bulan, bintang, bumi dan planet, binatang, tunbuh-tunbuhan, pohon-pohon dan lain-lain.
Beriman Kepada para Malaikat
Hendaklah anda mempercayai dan mengimani dengan Malaikat-malaikat yang dicipta oleh Allah menjadi sebahagian dari makhluk-makhluk Allah di dalam alam ini.
Adapun bentuk malaikat itu dijadikan Allah dari cahaya yang bersih dari kekotoran jasmani kemudian diberikan kepadanya kuasa untuk berupa-rupa.
Mereka adalah hamba-hamba Allah yang dihormati kerana kesucian jiwanya daripada melakukan dosa.
Terdapat beberapa nama-nama beserta tugas-tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada Malaikat yang wajib kita kenali iaitu :
- Jibril @ Jibrail – pembawa wahyu kepada para Rasul
- Mikail – pembagi rezeki kepada makhluk-makhluknya
- Israfil – peniup sangkakala pada Hari Kiamat
- Izrail – penyabut nyawa dari makhluk-makhluknya
- Munkar dan Nakir – kedua-duanya adalah penyoal orang-orang mati di dalam kubur
- Ridhwan – penjaga syurga
- Malik – penjaga neraka
- Raqib – pencatit amalan yang baik
- Atid – pencatit amalan yang jahat

Beriman Kepada Kitab-kitabnya
Hendaklah anda mempercayai dan mengimani dengan kitab-kitab yang mengandungi Kalamullah yang azali yang kadim pada zatnya yang terpelihara dari segala huruf dan suara.
Kitab-kitab itu mengandungi berbagai-bagai hukum yang menyerupai suruhan-suruhan atau tegahan-tegahan, cerita-cerita para Nabi dan Rasul sebelumnya dan lain-lain.
Imam Az-Zamakhsyari berkata: Jumlah kitab-kitab yang diturunkan Allah ke atas para Nabi kesemuanya 104 kitab.10 kitab darinya diturunkan ke atas Nabi Adam, 50 ke atas Nabi Syis, 30 ke atas Nabi Idris, 10 ke atas Nabi Ibrahim, semuanya berjumlah 100 kitab. Yang 4 lagi, iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Kemukjizatan Al-Quran
Diantara kitab-kitab yang diturunkan dari langit, hanya Al-Quran sajalah yang masih kekal keasliannya. Berbanding dengan lain-lain terutama sekali yang masih terdapat pada zaman ini seperti Injil dan Taurat. Kedua-dua kitab initelah banyak berubah dari asalnya hingga terdapat unsur-unsur kontroversi di dalamnya.
Allah SWT telah megaku sendiri bahawa kitab Al-Quran telah terpelihara dari asalnya.
Al-Quran diturunkan dengan wahyu dari Allah yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw.
Ia diturunkan dari masa ke semasa selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.
Ayat-ayat Al-Quran yang turun di Makkah dinamakan Makkiyah manakala ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan di Madinah dinamakan Madaniyah.
Antara mukjizat yang terdapat dalam Al-Quran adalah susunan ayatnya tidak mungkin ditiru atau dicipta kerana ketika Al-Quran diturunkan orang-orang Arab sedang dalam kemuncak kefasihan dalam pertuturan dan bahasa.
Pada zaman itu juga sasterawan sasterawani Arab sedang berkembang pesat namun mereka tidak mampu mencipta Al-Quran.

Kandungan Al-Quran
Mengandungi hukum-hukum ibadat sepperti solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain.
Mengandungi pimpinan @ undang-undang yang kegunaannya meliputi kepentingan semua umat manusia dan sesuai untuk dipraktikkan di semua tempat, masa, dan keadaan seperti pertuturan berjual beli, pertuturan perkahwinan, berbudi pekerti yang tinggi, cara pergaulan, bersatu padu, menepati janji dan sebagainya.
Mengandungi ilmu pengetahuan seperti ilmu tulis baca, ilmu hisab, ilmu bumi dan falak, ilmu alam, ilmu kesihatan, ilmu kajihayat dan lain-lain.
Mengandungi contoh-contoh teladan daripada kisah-kisah para Nabi.
BERIMAN KEPADA PARA RASUL
Hendaklah anda mempercayai dan mengimani denga Rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah swt kepada kalian untuk memimpin kita ke jalan yang benar dan di redhoi oleh Allah agar terpelihara hidup di dunia ataupun di akhirat kelak. Kebenaran perutusan para Rasul terbukti atas kewujudan beberapa mukjizat. Antaranya menurut kehendak dan keperluan kaum masing-masing. Erti mukjizat adalah perkara-perkara yang luar biasa yang berbeza dengan adat, dibekalkan oleh Allah kepada para RasulNya sebagai bukti kebenaran perutusannya
Perbezaan antara Para Nabi dan Rasul.
Nabi adalah seorang yang dipilih oleh Allah SWT dengan diturunkan ke atasnya wahyu. Bilangan para Nabi amat banyak sekali sehingga tidak terhitung jumlahnya melainkan Allah sendiri.
Rasul pula adalah seorang yang dipilih oleh Allah SWT dengan diturunkan wahyu dan pengajaran ke atasnya yang diperintahkan untuk disampaikan kepada semua manusia di muka bumi ini. Bilangan para Rasul juga tidak diketahui secara tepat tetapi kita diminta mempercayai dan mengimani kepada 25 para Rasul yang terdapat dalam Al-Quran iaitu :
Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Ya’kub, Yusuf, Ayub, Ilyas, Ilyasa’, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Musa, Sulaiman, Syu’ib, Daud, Harun, Zulkifli, Muhammad.


BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
Hari ketika dunia dan segala cakerawala ini dihancurkan dan dimusnahkan oleh Allah SWT sehingga semua makhlukNya dihimpunkan di Padang Masyar untuk menerima pengadilan dari Allah yang Maha Agung lagi Bijaksana. Hari Kemudian bermula dari masa kematian seseorang hinggalah hari Kiamat yang antaranya berlaku soal dua Malaikat, kebahagian di dalam kubur @ kesengsaraan, Hari kebangkitan, Hari Pembalasan, Hari Pengadilan, dan akhir sekali meniti Shitae yang akan tentukan ke neraka @ ke syurga.
Hari Kiamat tidak boleh diragui lagi kerana ia pasti berlaku dimana apabila semua makhlukNya sama ada yang hidup atau yang telah tiada dibangkitkan semula untuk menerima pengadilan dari Allah SWT.
Tanda-Tanda Hari Kiamat
Kelahiran Mahdi atau lebih dikenali dengan ‘ Imam Mahdi ‘ iaitu seorang lelaki dari keturunan Rasullah saw yang akan mengembalikan keadilan ke atas muka bumi ini setelah ianya dipenuhi dengan penganiyaan dan kezaliman sebelum ini.
Kedatangan Dajjal iaitu seorang yang mengaku dirinya tuhan yang dapat mencipta berbagai-bagai perkara yang ajaib dan luar biasa.
Kemunculan semula Nabi Isa ke dunia sebagai seorang yang menganut Agama Islam iaitu agama yang dianuti oleh kaum muslimin pada hari itu.
Kelahiran suatu kaum yang dinamakan Ya’juj dan Ma’juj yang akan membanjiri dunia ini dengan kerosakan dan kezaliman semula.
Keluarlah Dabbah iaitu seekor binatang dari perut bumi yang boleh bercakap seperti manusia.
Terbitnya matahari dari barat.

BERIMAN KEPADA QADA ‘ DAN QADAR
Beriman kepada apa yang telah ditakdirkan kepada kita oleh Allah swt sama ada yang baik atau yang buruk. Yang baik untuk orang yang taat dan patuh kepada arahan Allah swt manakala yang buruk kepada orang yang selalu ingkar akan suruhan Allah swt.
Sebagai seorang manusia kita perlu tahu bahawa segala yang berlaku ke atas diri kita telah pun ditentukan oleh Allah swt. Kita tiada kuasa untuk menentang takdir yang telah ditentukan olehNya. Kita perlu bersyukur dengan apa yang ada dan menerimanya dengan hati yang gembira. Kita tidak boleh menyalahkan Allah atas apa yang berlaku, kita perlu terima takdir yang telah ditetapkan kepada kita dengan seadanya.

KESIMPULAN DARIPADA HADIS INI
Hadis ini mengandungi perkara-perkara asas kepada seorang mukmin. Sentiasa menjadikan amalan dan pengajaran yang terdapat dalam hadis ini sebagai panduan hidup kita.
Mudah-mudahan Allah akan memberikan kepada kita taufiq dan hidayahNya agar kita dapat berpegang teguh dengan ajaran-ajaran yang tersimpul dalam Hadis yang mulia ini sekaligus supaya kita kekal beragama islam dan memelihara keimanan kita agar kembali kepadaNya sebagai seorang muslim mu’min yang sejati.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat -

Oleh: Noor Ismah Izzati Binti Abd Rauf

Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah s.w.t yang teramat luas sekali rahmat-Nya. Salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya serta para pengikutnya dan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya ucapan yang paling benar adalah Al-Quran dan As-Sunnah dan petunjuk yang paling baik adalah petunjuk dari Nabi Muhammad s.a.w dan seburuk-buruknya perkara adalah perkara yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan adalah bida’ah. Setiap bida’ah adalah sesat dan setiap kesesatan itu berakhir di neraka jahanam.

Alhamdulillah, dengan taufik dan hidayah yang diberi oleh-Nya saya telah memilih tajuk ‘Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat’ untuk dijadikan sebagai penulisan bagi tatapan para pembaca disamping dapat mengisi khazanah ilmu pengetahuan.

Tidak sedikit orang yang merasa kekurangan jiwa, kehidupan yang didominasi oleh material atau kebendaan dan juga pemikiran yang dikuasai oleh syaitan. Ini adalah kerana ternyata jauhnya manusia dari Allah sehingga syaitan masuk ke dalam rumah-rumah mereka menggantikan kedudukan malaikat rahmat. Sebagaimana yang diketahui, banyak manfaat yang diperolehi apabila masuknya malaikat rahmat ke dalam rumah kita antaranya ia akan menjaga orang yang beriman pada ketika waktu tidur mahupun ketika terjaga, memanjatkan doa untuk orang-orang yang beriman, melindungi para hamba Allah s.w.t yang beriman dan meneguhkan jiwanya, menyeru keampunan kepada Allah Taala bagi orang-orang yang beriman, mengucapkan amin bersama-sama orang yang beriman ketika solat, mencegah dan mengusir syaitan dari orang-orang yang beriman dan juga memantapkan iman dan ketenangan di rumah orang yang beriman.

Oleh itu, seorang mukmin hendaklah berusaha mempertahankan keberadaan para malaikat di rumahnya serta melakukan pelbagai amal ibadah yang membolehkan malaikat rahmat senang untuk memasuki rumahnya. Firman Allah, “Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatnya (memohonkan ampunan untukmu) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang)…” (al-Ahzab: 43)

Tugas yang diberikan Allah Taala kepada malaikat untuk kepentingan manusia antaranya ialah meniupkan roh kepada janin yang berada dalam kandungan ibu, baik dari kalangan orang yang beriman mahupun orang kafir, menyampaikan wahyu, memelihara seluruh manusia, mengawasi dan mencatat setiap amal perbuatan manusia serta mencabut roh manusia atas perintah Allah. Malaikat juga mempunyai tugas khusus terhadap orang-orang yang beriman antaranya ialah memberikan kecintaan kepada orang-orang yang beriman, meluruskan jalan kehidupan orang-orang yang beriman, mencatat pahala bagi orang yang melaksanakan solat Jumaat, turun di tempat yang mengadakan pembacaan Al-Quran dan majlis ilmu, melawat jenazah bagi orang yang soleh, menaungi orang yang mati syahid dengan sayapnya, melindungi Makkah dan Madinah dari dajal dan membacakan selawat bagi orang-orang yang memberikan kebajikan kepada orang lain, mengimami solat di masjid, solat pada saf pertama, bersahur untuk berpuasa, membaca selawat ke atas Nabi serta menziarahi orang yang sakit.

Pada umumnya, hubungan malaikat dengan manusia sangat rapat. Ini adalah kerana malaikat mengawasi dan memberikan perhatian kepada manusia semasa diciptakan, memelihara manusia ketika dilahirkan, mengawasi gerak-geri dan perbuatan manusia serta mengambil roh manusia ketika tiba waktu ajalnya. Ini dibuktikan menerusi firman Allah: “Sama sahaja (bagi Tuhan), sesiapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan sesiapa yang berterus-terang dengan ucapan itu, dan sesiapa yang bersembunyi di malam hari dan yang berjalan di siang hari. Bagi manusia, ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran di depan dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah...” (Surah ar-Ra’d:10-11)

Imam Mujahid berpendapat bahawa “Tidak ada seorang hamba yang tidak dijaga oleh malaikat yang diutus oleh Allah, baik ketika tidur mahupun berjaga serta dari kejahatan jin, manusia dan haiwan. Jika ada kejahatan dari jin, manusia dan haiwan yang berbisa, malaikat akan berseru: ‘Awas, ada itu... itu!’. Oleh yang demikian, selamatlah orang tersebut melainkan jika Allah mengizinkan atau mentakdirkan lain.” Antara tugas lain yang dipikul oleh malaikat adalah menjadi pendamping manusia yang ditugaskan untuk memelihara amal manusia. Sementara itu, dua pendamping manusia yang terdiri dari jin dan malaikat sentiasa berada dalam keadaan yang bertentangan dimana jin menyeru manusia untuk melakukan kejahatan manakala malaikat menyeru manusia untuk melakukan kebaikan.

Kita juga haruslah mengenali syaitan dan berwaspada terhadap kewujudannya. Syaitan telah diperkenankan oleh Allah untuk terus hidup sehingga ke hari kiamat sebagaimana firman-Nya: “ Maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh sampai (suatu) waktu yang ditentukan.” Oleh yang demikian, syaitan bertekad untuk mencapai tujuan iaitu menyesatkan manusia sebagaimana yang diabadikan dalam Al-Quran, “Iblis berkata: ‘Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang beriman di antara mereka.” (al-Hijr: 39-40)

Iblis laknatullah telah menetapkan tempat medan pertarungan iaitu bumi. Syaitan telah mengambil langkahnya di muka bumi dengan menghias atau mempercantik perbuatan buruk dan jahat sehingga ia dianggap baik oleh manusia agar manusia terpedaya dan melakukan perbuatan maksiat. Di antara yang dilakukan oleh iblis atau syaitan adalah dengan menyesatkan manusia secara perlahan-lahan, memperindah perbuatan maksiat, menamai kemaksiatan dengan nama-nama yang indah, menamai ketaatan dengan nama-nama yang menakutkan, menyusup ke dalam jiwa dari jalan yang paling disukai serta menghalang kebenaran. Sebagaimana yang diketahui, syaitan memiliki banyak pintu untuk menyesatkan manusia diantaranya kebodohan (jahil), kebencian atau kemarahan, kecintaan pada dunia, cita-cita yang terlalu tinggi, tamak terhadap dunia, bakhil, sombong, suka dipuji, riak, suka membangga diri (‘ujub), gelisah dan keluh kesah, mengikuti hawa nafsu, buruk sangka serta putus asa terhadap rahmat Allah Taala.

Sekiranya keimanan seseorang telah kuat, ikhlas dan berada pada landasan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala, syaitan tidak akan mampu menguasainya. Kita juga dapat menghindari syaitan dengan sentiasa berwaspada atau berhati-hati dari godaannya, selalu membaca Al-Quran dan mengamalkan Sunnah Rasulullah s.a.w yang dapat membimbing manusia berada pada landasan yang lurus, meminta pertolongan dari Allah Taala, melakukan zikrullah, selalu bergabung dengan Jama’atul Muslimin serta bertaubat dan beristighfar.

Antara rumah-rumah yang tidak dimasuki malaikat ialah rumah orang yang memutuskan silaturahim, rumah orang yang menderhakai orang tua, rumah orang yang memakan harta anak yatim, rumah orang yang memakan harta riba, rumah yang terdapat anjing, rumah yang ditempati syaitan, rumah orang yang suka mencaci maki, rumah yang di dalamnya terdapat gambar (patung), rumah yang di dalamnya ada nyanyian dan alat muzik, rumah yang di dalamnya terdapat loceng, rumah yang penuh ratapan menangisi mayat, rumah yang di dalamnya terdapat minuman keras dan perjudian, rumah yang di dalamnya terdapat kemusyrikan, rumah yang dijadikan tempat permainan dadu, rumah yang terdapat benda haram, rumah orang-orang yang terkutuk, rumah yang berbau busuk, rumah yang penghuni lelakinya memakai Za’faran (bau-bauan wanita), rumah seorang pemboros, penghuni yang melakukan kemaksiatan, rumah yang digunakan untuk perbuatan keji dan rumah yang melakukan dosa besar.

Malaikat tidak akan turun kepada suatu kaum yang didalamnya ada orang yang memutuskan tali silaturahim. Oleh yang demikian, kita haruslah menyambung silaturahim dengan cara mengunjungi kaum kerabat dan saudara-mara serta memelihara mereka dengan hal-hal yang dapat memperbaiki keadaan mereka dan memenuhi keperluan mereka sehingga kita akan memperolehi rahmat Allah dan doa para malaikat. Kita juga haruslah memiliki identiti al-hubb fillah (cinta kerana allah) dan al-bughd fillah (benci kerana Allah). Malaikat rahmat juga tidak akan memasuki rumah orang yang menderhakai orang tua dan ia adalah termasuk dalam dosa besar. Sebagaimana yang kita ketahui, menderhakai orang tua adalah termasuk perbuatan yang dibenci oleh Allah dan merupakan salah satu dosa besar yang akan membawa ke neraka Jahannam. Selain itu, ia juga akan menyebabkan amal soleh pelakunya tidak diterima oleh Allah.

Bagi mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim, malaikat tidak akan memasuki rumahnya. Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t telah mengancam keras pemakan harta anak yatim dengan dua ancaman iaitu perutnya penuh dengan api dan akan dimasukkan ke dalam neraka. Rasullullah s.a.w bersabda: “Jauhilah olehmu tujuh mubiqot iaitu syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari medan pertempuran serta menuduh perempuan baik melakukan zina.” Jika kita mengharapkan keredhaan Allah, baik di dunia mahupun akhirat serta mengharapkan rumah kita dimasuki malaikat rahmat, janganlah kita memakan harta anak yatim. Justeru, kita seharusnya menjadi penjamin kehidupan mereka dan memberi pendidikan yang baik bagi mereka.

Pada harta yang halal terdapat keberkatan dan jaminan dari keharaman. Oleh itu, kita mesti memohon kepada Allah agar memiliki usaha yang halal dan amal ibadah kita diterima. Pemakan riba akan ditimpa bencana dan pelbagai penyakit serta azab diakhirat iaitu dengan dilempari batu ke mulutnya. Apabila tersebarnya riba juga adalah salah satu tanda sudah dekatnya hari kiamat. Kerana itu, kita mestilah bersungguh-sungguh menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang halal dan diperolehi dengan cara yang halal.

Majlis yang kosong dari zikrullah dan diiringi oleh perbuatan yang sia-sia adalah merupakan majlis syaitan yang dijauhi malaikat rahmat. Rumah seperti ini dipenuhi pelbagai dosa dan kelalaian kepada Allah Taala. Di antara majlis-majlis yang tidak akan didekati oleh malaikat rahmat ialah majlis yang kosong dari zikrullah, majlis yang kosong dari selawat ke atas Nabi serta orang yang mahu menang sendiri yakni terjadinya pendebatan. Malaikat rahmat akan turun pada majlis yang meninggalkan perbuatan maksiat di dalam majlis, meninggalkan kemungkaran dan perbuatan dosa serta mencegah orang yang menyakiti jiwa dan merosakkan harta orang lain di majlis tersebut.

Jika kita mengharapkan malaikat rahmat selalu mengunjungi rumah dan keluarga kita, maka kita haruslah memelihara lidah. Ini adalah kerana akibat lidah lah seseorang akan dimasukkan ke syurga atau neraka. Contohnya, kita haruslah mengawal kemarahan dengan tutur kata yang baik kerana hal itu merupakan akhlak Al-Quran yang jelas keutamaannya. Ucapan yang baik dan manis dapat berfungsi sebagai ‘sihir’ yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kelapangan dada. Perbuatan mencaci-maki bukanlah kebiasaan bagi seorang muslim dan bukan akhlak orang yang mukmin kerana seorang muslim dan mukmin disifati Allah sebagai orang yang memiliki rasa kasih sayang diantara satu sama lain dan saling menolong dalam kebajikan. Kita juga tidak seharusnya mencaci-maki para sahabat yang telah berjihad bersama Rasulullah s.a.w memperjuangkan Islam, orang yang telah meninggal dunia, mencaci maki angin, penyakit yang menimpa diri, mengutuk zaman atau kejadian alam serta mencaci maki secara umum. Perbuatan mengutuk dan mencela itu merupakan perbuatan yang sangat merugikan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Darda r.a: “Orang-orang yang suka mengutuk tidak akan memberi syafaat dan tidak akan menjadi saksi pada hari kiamat.”

Syariat Islam telah mengharamkan kewujudan patung kerana patung merupakan jambatan pembuka kepada penyembahan berhala. Gambar (patung) ini diharamkan kerana ia dianggap telah meyerupai ciptaan Allah Taala. Akan tetapi, gambar atau patung yang dibolehkan untuk berada di rumah kita jika kita memenuhi syarat antaranya ialah setiap gambar atau patung yang tidak bernyawa seperti sungai dan pepohon atau pemandangan alam, gambar seperti kad pengenalan atau yang berkaitan dengan ilmu kedoktoran (kesihatan) dan hal lain yang bersifat darurat serta pemainan untuk anak-anak kecil. Malaikat yang tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar adalah malaikat yang tugasnya menyebarkan keberkatan, rahmat dan permohonan ampun manakala malaikat hafazhah (pencatat amal) tetap memasuki rumah dan tidak akan pernah meninggalkan Bani Adam kerana tugas mereka adalah sebagai pencatat amal setiap manusia.

Rumah yang di dalamnya ada nyanyian dan alat muzik juga tidak akan dimasuki malaikat rahmat. Semestinya kita ingin menghiburkan jiwa dengan nyanyian atau lagu yang menyenangkan kerana manusia memiliki kecenderungan seperti itu. Islam merupakan agama yang suci dan ia memelihara jiwa manusia serta menghormati keinginan fitrahnya. Oleh kerana itu, Islam menganjurkan nyanyian yang diambil dari bacaan Al-Quran untuk menggantikan nyanyian yang diharamkan. Jika Islam dikatakan telah mengganti perzinaan dengan pernikahan serta perjudian dengan transaksi gadai, maka Islam juga telah mengharamkan seruling syaitan yakni nyanyian yang diharamkan dengan mendengarkan bacaan Al-Quran. Al-Quran lebih berhak untuk dibaca melalui kemerduan suara kerana Al-Quran adalah Kitabullah, di samping pembacanya sendiri akan mendapat pahala yang besar. Sabda Rasullullah s.a.w: “ Hiasilah Al-Quran dengan suaramu....”

Bagi seorang muslim, mengajari keluarganya hal-hal yang berkaitan dengan agama merupakan sebuah kewajipan dan menyuruh keluarganya mengerjakan segala sesuatu yang diperintahkan Allah dan menjauhi larangan-Nya. Meratapi dan menangisi mayat adalah merupakan perbuatan kaum jahiliah. Banyak kerugian dan azab bagi orang yang meratapi mayat antaranya malaikat tidak akan membacakan selawat untuknya serta dia akan mengenakan baju dari bahan tar dan kain dari kotoran besi pada hari kiamat kelak dan dijauhi rahmat Allah Taala. Oleh itu, jika kita ingin mendapat keredhaan Allah dan mengharapkan rumah kita dimasuki malaikat rahmat, hendaklah kita menghiasi diri dengan ajaran Islam dengan bersabar menghadapi musibah dan tidak gelisah kerana itu semua adalah ujian dari Allah.

Selain itu, rumah yang di dalamnya terdapat benda haram juga akan dijauhi oleh malaikat rahmat. Sikap menjauhi barang-barang haram mencerminkan kemewahan dan mendatangkan pelbagai kebaikan. Sebaliknya, jika kita memiliki dan menggunakan barang- barang yang haram, ia akan menjadi penyebab berlakunya bencana. Misalnya, lelaki yang memakai pakaian yang berasal dari bahan sutera atau emas akan diharamkan memakai keduanya di akhirat kelak. Selain itu, minum dengan menggunakan cangkir atau bahan emas atau perak yang beerti dia telah meneguk api neraka. Pengharaman didasarkan pada keadaan bahawa barang-barang ini mengesankan pemborosan dan kemewahan dan yang paling penting ialah kerana bahan-bahan seperti ini tidak sesuai dengan kudrat seorang lelaki. Rasulullah s.a.w telah bersabda: “ Pakaian sutera dan emas diharamkan bagi umatku yang lelaki dan dihalalkan untuk kalangan wanitanya.”

Rumah orang-orang yang terkutuk juga tidak akan dimasuki oleh malaikat rahmat seperti golongan orang yang dikategori pemabuk, pembawa minuman keras, orang yang memerah minuman keras, penjual minuman keras, pemakan riba, orang yang meratapi mayat sambil berteriak tentang kecelakaan, perasuah, orang yang dirasuah, orang yang mengubah ciptaan Allah, lelaki yang meniru wanita, wanita yang meniru lelaki, lelaki yang menyetubuhi isteri pada duburnya, orang yang mencaci maki kedua ibu bapanya, homoseksual, wanita yang tidak mahu memperkenankan hajat atau permintaan suami dan orang yang meninggalkan solat.

Kesimpulannya, kita haruslah meninggalkan perkara-perkara bidaah kerana setiap bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan itu berakhir di neraka Jahannam. Insan yang ingkar pada perintah-Nya akan merasa kegelisahan jiwa serta mementingkan unsur material atau kebendaan dalam kehidupan. Pemikiran yang telah dikuasai oleh syaitan dan rumah-rumah mereka dipenuhi iblis yang menggantikan kedudukan malaikat rahmat akan menyebabkan hati mereka tertutup untuk menerima kebenaran. Semoga setiap rumah muslim akan sentiasa dikunjungi malaikat rahmat. Insya Allah.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Hak & Kewajipan Perempuan Dalam Islam -

Oleh: Shazwani Bt Ahmad

Hak & Kewajipan Perempuan Dalam Islam

Hak dan kewajipan perempuan dalam Islam’ adalah sebuah buku yang menjelaskan tentang kewajipan- kewajipan kaum perempuan serta tanggungjawab mereka.Selain itu juga, ianya menjelaskan tentang layanan ke atas perempuan semasa Peradaban Kuno iaitu peradaban Cina, India, Babylon, serta Yunani..
Status perempuan juga diperjelaskan dengan lebih lanjut lagi dalam status perempuan bagi agama Yahudi,Kristian serta pagan( tiada agama).Ianya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu perempuan dalam peradaban kuno, bahagian kedua, hak-hak perempuan dalam Islam, dan bab ketiga kewajipan perempuan mengenai kewajipan perempuan dalam Islam.

Didalam bahagian pertama ianya mengambarkan status kaum perempuan dalam peradaban kuno.Perempuan umumnya selalu ditindas disamping tidak mendapat keadilan yang sewajarnya.Kaum perempuan kehilangan hak sebagai warga dan juga hak asasi manusia bermula dari sebagai bayi,remaja, para isteri mahupun sebagai ibu.Bagi Peradaban Cina, sistem feudal telah merubah martabat perempuan dimana mereka ditekankan untuk menurut segala perintah ketua keluarga iaitu ayah tanpa membantah contohnya ayah mempunyai kedaulatan sepenuhnya ke atas tanah dan juga berhak menjual isteri dan anaknya. Bangsa Cina memperlakukan perempuan tanpa rasa hormat dan seolah- olah membebankan mereka dan sangat malu jika memiliki anak perempuan kerana anak lelaki dikatakan mampu menanggung keluarga dan boleh berkerja keras sedangkan perempuan tidak kerana perempuan perlu dibiayai pernikahannya ketika dewasa.Pembunuhan terhadap bayi perempuan merupakan perkara biasa dan akan dilakukan jika melebihi dari daya kemampuan mereka.Selalunya bayi ini akan diletakkan di tengah-tengah ladang dan dibiarkan mati kesejukan atau dibaham binatang buas.

Begitu juga dengan di Peradaban India, masyarakat India sehingga hari ini masih lagi menyangkal peranan sosialnya dan tidak memberikan hak atau kebebasab kepada kaum perempuan.Weda merupakan kitab suci yang mengandungi ajaran-ajaran agama Brahma.Kitab ini menyebut bahawa terdapat perbezaan diantara lelaki dan perempuan bahawa sepanjang hidupnya perempuan tidak mempunyai apa-apa hak dalam membuat keputusan dalam hidup sekalipun bersangkutan dengan rumahtangganya sendiri.Perempuan perlu tunduk kepada kemahuan lelaki dan perlu dilakukan tidak lebih seperti barang dagangan yang dijual beli.Perempuan India menjadi hak ayahnya sehinggalah ia berkahwin dan menjadi hak suaminya pula,isteri perlu tinggal dan mengabdikan diri di rumah mertua dan menguruskan suaminya dengan penuh kesetiaan. Tetapi apabila kematian suami, keadaan isteri akan menjadi lebih buuruk lagi dimana, dimana dia akan dibakar hidup-hidup bersama-sama mayat suaminya tadi dan dikatakan akan menebus dosa suaminya dan dianggap paling mulia, suci dan terhormat.Jika sebaliknya, dia akan diasingkan dari masyarakat dan dianggap sama seperti binatang, isyarat kejahatan dan makhluk najis yang dapat mengotori apapun yang disentuh.
Kebanyakan masyarakat kuno memang menunjukan kekejaman yang sama terhadap kaum perempuan .Dari agama Hindu bahawa takdir, angin, kematian, ular serta neraka tidak lebih jahat dari manusia.

Peradaban Babylon juga sama seperti peradaban yang disebut sebelum ini .Bagi mereka, perempuan yang sudah cukup umur untuk dikahwinkan maka perlu dibawa ke pasar diman para lelaki berkumpul setahun sekali dan penjual yang ditugaskan akan memberikan cirri-ciri umum dari setiap perempuan dan akan menjualnya selalunya dimulakan dengan perempuan yang paling menarikdan dijual dengan harga yang tinggi dengan syarat lelaki tersebut harus mengahwininya.Selain daripada itu, jika didapati seorang perempuan memukul seorang gadis dan kemudian mati maka lelaki itu tidak akan dihukum sebaliknya anak perempuan lelaki itu yang akan dihukum mati.Tradisi yang memalukan yang disebut Durant yang menghancurkan martabat perempuan dimana setiap perempuan perlu tidur di kuil paling tidak sekali dalam hidupnya dan diharuskan melakukan hubungan seksual dengan orang yang sangat asing baginya.Perempuan tidak dibenarkan memilih mana lelaki tetapi sebaliknya lelaki akan memilih mereka dan perempuan tidak boleh menolaknya.Perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik akan dapat pulang lebih awalnya manakala yang kurang bernasib baik harus menunggu sampai beberapa bulan bahkan bertahun-tahun lamanya.

Walaupun Bangsa Yunani, percaya terkenal dengan kepandaian yang lebih maju serta serta penemuan ilimiahnya, mereka tetap memperlakukan perempuan secara tidak adil dan memalukan.Perempuan yang melahirkan anak cacat akan dihukum mati dan perempuan yang tidak melahirkan anak yang kuat juga akan dihukum mati.Bangsa Yunani sudah maju di bidang ilmu dan sastera namun mereka mencegah anak-anak gadis untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Begitulah kehidupan dalam peradaban kuno,mereka dipaksa dan dikerah untuk bekerja dengan kaum lelaki tanpa mendapat apa-apa kebaikan sebaliknya penindasan yang berterusan dn berkekalan sehingga sekarang terdapat segelintir masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan kuno ini hasil adaptasi daripada nenek moyang mereka.

Perempuan-perempuan dari Agama Yahudi serta Kristian tidak terkecuali daripada penindasan serta amalan karut ini.Si ayah boleh menyewakan anaknya bagi beberapa tempoh yang dikehendaki walaupun anak perempuan masih lagi kecil dan juga seorang ayah berhak membunuh anak perempuannya tanpa sebarang hukuman dan alasan.Bagi agama Kristian, mereka memberikan lebih penekanan terhadap isu-isu perempuan.Mereka lebih memaksa perempuan untuk tunduk kepada kaum lelaki dan menggangap lelaki sebagai pemimpin mereka.Agama Pagan pula merujuk kepada bangsa Arab sebelum kedatangan Islam dimana mereka kebanyakan melakukan pembunuhan terhadap bayi perempuan samada dengan cara dikubur hidup-hidup semasa dilahirkan.Al-Quran ada menyatakan hal ini sangat memalukan dan menjijikan disamping perbuatan terkutuk yang sangat dikecam Allah S.W.T.Daripada ini jelaslah kaum perempuan tidak ada nilainya dan dilakukan dengan kasar tanpa sebarang rasa kehormatan disamping hak-hak kebebasan mereka dirampas.Akan tetapi setelah kedatangan Islam, menciptakan peningkatan dalam status perempuan.Islam mengakui hak-hak kaum perempuan dan membuat peraturan untuk melindungi mereka dari kekejaman dan penindasan.

Gambaran status perempuan dalam peradaban kuno jelas kelihatan bahawa perempuan selalu ditindas dipisahkan dan ditentang keberadaannya.Hal ini berlangsung sehinggalah kedatangan Islan, dimana Islam dating untuk menluruskan pengertian-pengertian yang salah, melaksanakan hukum dan memulihkan kehormatan wanita.
Hak hak perempuan dalam Islam telah digariskan dalam Al-quran dan Sunnah bahawa perempuan mempunyai martabat yang tinggi dalam Islam samada sebagai ibu,wanita,anak serta seorang isteri.Ianya melingkupi samada hak untuk hidup,mendapat pengasuhan, pendidikan ,mencari pekerjaan, kebebasan memilih pasangan hidup dan hak untuk mendapat jaminan sosial.Manusia baik laki-laki mahupun perempuan dimuliakan melalui penciptaannya,Seseora ng itu berhak mendapat keistimewaan dan dan kehormatan yang samarata.Selain daripada itu perempuan mempunyai cirri-ciri yang istimewa seperti pemalu,kesukaan untuk berhias dan kelemahan saat bertengkar.

Allah S.W.T mengutuk keras bahawa sesiapa yang menganggap kelahiran seorang bayi perempuan sebagai tanda kejahatan.Malahan Allah S.W.T mendorong ibu bapa untuk menyambut gembira kelahiran bayi perempuan dan bertanggungjawab menjaga,mengasuh serta memberi pendidikan kepada nya.Oleh kerana itu jugalah, seorang isteri yang hamil yang diceraikan perlu dinafkahi demi kepentingan anak yang dikandungnya. Hak untuk mencari ilmu pengetahuan juga diketengahkan dimana, ilmu pengetahuan itu sendiri adalah wajib bagi setiap muslim dan muslimat kerana ilmu itu sangat dijunjung tinggi dan dihormati dalam Islam. Ilmu pengetahuan sangat penting sebagai halatuju kehidupan pada masa depan dan juga ibadah kepada Allah dengan benar.
Islam memberikan hak pewarisan juga kepada para isteri, ibu dan anak perempuan tanpa persoalkan usia,status atau pun jumlah yang diwarisinya.Islam juga membebaskan kaum perempuan dari ketidakadilan dan penindasan kaum laki-laki dan memneri hak-hak yang sama rata.Selain daripada itu juga, hak perempuan dalam memilih suaminya. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan hadits Nabi.Perempuan muslim memenuhi syarat menjalankan hak dan kewajipan yang sama dengan kaum lelaki dan mereka berkuasa penuh atas segalanya.Sesungguhnya Islan telah memberikan kaum perempuan hak yang lebih besar lagi iaitu hak untuk berlindung, dimana ianya menyamakan dengan status lelaki.
Bab tiga pula menfokuskan kepada tugas-tugas kaum perempuan dan rahmat disebaliknya.Islam mempercayai seorang gadis di bawah pengawasan walinya yang diharapkan dan bukanya ditindas untuk menguasai hartanya.Islam telah pun mengakhiri zaman eksploitasi kaum lelaki yang zalim sewaktu zaman jahiliah dahulu diman waktu itu kaum perempuan bergantung kepada lelaki yang memperlakukan mereka seperti mengikut kemahuan sendiri tanpa batasan.Sudah menjadi lumrah sehingga kini isteri diceraikan suami sesuka hati tanpa syarat apapun oleh itu Islam membataskan sampai tiga kali penceraian dan setelah itu tidak boleh dirujuk oleh bekas suami tadi.Lelaki dan perempuan amat berbeza dalam beberapa perkara namun ianya tidak mengubah kesamaan dalam hal kemanusiaan, ketuhanan, serta kebaikan.Malahan ianya kebijaksan Allah SWT yang menetapkan sifat-sifat mereka yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza.

Hak-hak kaum perempuan Islam dijamin oleh Allah SWT dan tidak akan berubah mahupun digantikan. Kaum perempuan telah memperolehi hak-hak ini tanpa harus melakukan pemberontakan atau pun memperjuangkan ketidakadilan terhadap mereka seperti yang dilakukan oleh bangsa Yunani dahulu dan kaum perempuan Barat sehingga sekarang.Oleh itu kita seharusnya bersyukur pada masa kini di atas setiap kenikmatan serta peluang yang diperolehi dimana kini hak-hak kaum perempuan dipandang berat serta dipelihara tidak seperti di sesetengah negara di dunia ini yang mana masyarakatnya masih lagi mengamalkan adat-adat lama tanpa merujuk kepada landasan yang betul. Alhamdullilah,Islam merupakan agama yang lengkap dan padat kerana tanpa kedatangan agama yang suci dan betul ini baik kaum perempuan mahupun kaum lelaki masih lagi dibelenggu pengetahuan yang cetek dan penuh dengan keraguan serta kesesatan tanpa pengadilan.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Kesengsaraan Penghuni Neraka -

Oleh: Azira Binti Mehat

Kesengsaraan Penghuni Neraka

NERAKA
Di dalam ayat Al-Quran telah dinyatakan tentang perihal neraka. Dalam surah Al-Baqarah ayat 39 yang ertinya : “ Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya, “ jelas dalam ayat ini menunjukkan kewujudan neraka. Neraka yang dalam bahasa arabnya membawa maksud iaitu suatu tempat di akhirat, yang mana diwujudkan dengan api yang bergelojak dan berkobar-kobar dengan dahsyatnya hingga dapat mengelupaskan kepala dan dapat menusuk ke hati, disediakan oleh Allah s.w.t dan diancamkan oleh-Nya untuk seluruh orang-orang kafir. Begitulah dasyatnya perihal neraka betapa ngeri keadaan di dalamnya. Sesungguhnya neraka itu dicipta semata-mata untuk menjadi tempat seksaan bagi golongan orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, orang-orang musyrik, orang-orang yang selalu berbuat dosa, orang-orang munafik, orang-orang yang buruk amal perbuatannya, derhaka dan tidak mentaati serta tidak mahu berbakti kepada Allah s.w.t dan tidak melaksanakan perintah Allah, bahkan sentiasa melakukan segala larangan Allah. Bagi golongan orang seperti itu, mereka adalah calon-calon untuk merasa kedasyatan seksaan dan Allah s.w.t akan mengencam dengan azab dan seksa yang sangat mengerikan.

Al-Quran telah menjelaskan akan nama-nama neraka serta tingkatannya. Terdapat lapan jenis neraka yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t daripada api yang sangat panas. Neraka itu adalah :-
1. Neraka Jahanam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa`iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Huthamah
Terdapat tingkat-tingkat dalam neraka, dalam surah An-Nisa` ayat 145 yang ertinya : “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan ) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka,” Maka berdasarkan ayat inilah bahawa neraka itu mempunyai tingkatan yang setiap tingkatan akan ditempati ahli neraka sesuai dengan klasifikasi status mereka masing-masing. Tingkatan yang pertama Neraka Jahanam diperuntukkan orang-orang mukmin yang berterusan melakukan maksiat. Tingkatan kedua pula Neraka Ladha diperuntukan orang Majusi. Tingkatan yang ketiga. Neraka Huthamah diperuntukkan untuk orang-orang Yahudi. Seterusnya untuk orang-orang Nasrani disediakan Neraka Sa`iir iaitu di tingkatan yang keempat. Tingkatan yang kelima Neraka Saqar diperuntukan orang-orang yang menyembah berhala. Tingkatan yang ketujuh Neraka Hawiyah diperuntukkan bagi orang-orang munafik.

KEADAAN DI DALAM NERAKA
Di dalam neraka terdapat pintu-pintu masuk para ahli neraka. Al-Quran menyatakan bahawa terdapat tujuh pintu masuk ke neraka. Keadaan pintu-pintu neraka telah dijelaskan dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. . Sesungguhnya baginda bertanya kepada Malaikat Jibrail a.s : “Apakah pintu-pintu neraka itu sama seperti pintu kami ini?” Maka Malaikat Jibrail menjawab: “Tidak, bahawa pintu neraka itu terbuka ke bawah. Oleh kerana itu, sebahagian lebih ke bawah dari sebahagian yang lain, yang jarak dari satu pintu ke pintu yang lain adalah perjalanan selama 700 tahun. Dan setiap pintu neraka panasnya lebih sangat bila dibandingkan dengan pintu yang ada di sebelahnya dengan selisih 70 kali lipat panasnya,”

Di dalam Al-quran tidak ada ayat yang menjelaskan tentang adanya jambatan (sirath) tersebut. Sesungguhnya Allah s.w.t. menciptakan jambatan itu berada di atas neraka iaitu sirath, yang terletak di tengah-tengah neraka jahanam, yang sangat licin dan boleh mengelincirkan. Bentuknya lebih lembut daripada rambut yang tajamnya lebih dari mata pedang dan lebih gelap daripada malam. Bagi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah sudah tentu dapat selamat dan tiada halangan apapun dalam melalui jambatan tersebut. Tetapi sebaliknya bagi orang yang celaka pasti akan terjerumus ke dalam api neraka. Cara-cara para makhluk semasa melalui jambatan itu adalah berbeza-beza :-
1. Golongan yang pertama seperti kilat yang menyambar.
2. Golongan kedua seperti angin kencang.
3. Golongan ketiga seperti burung yang terbang.
4. Golongan keempat seperti larinya kuda pacuan.
5. Golongan yang kelima seperti seorang yang berjalan cepat.
6. Golongan yang keenam seperti larinya binatang ternakan.
7. Golongan ketujuh seperti lari selama sehari semalam.

Cara manusia berjalan melalui sirath itu ada bermacam-macam jenis bergantung pada amalannya semasa di dunia sama ada dia menjalankan perintah Allah ataupun meninggalkannya. Diriwayatkan, “Sesungguhnya manusia ketika melalui jambatan tersebut dikepung api neraka. Di bawah kaki mereka, di atas kepalanya. Sebelah kanan dan kirinya, di depan dan di belakang juga dikepung dengan api neraka yang sangat panas dan menyala-nyala. Firman Allah s.w.t dalam surah Maryam ayat 71-72 bermaksud :
“Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi mereka itu. Perkara itu bagi Tuhan-Mu adalah suatu kepastian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalamnya dalam keadaan berlutut.”
Dalam surah Ash-Shafat ayat 63-65 telah diterangkan mengenai pepohonan yang ada di dalam neraka. Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai cubaan bagi orang-orang yang zalim. Sesungguhnya dia adalah sebatang pokok yang keluar dari dasar neraka yang menyala. Buahnya seperti kepala-kepala syaitan.”
Begitulah sebagaimana keadaan di dalam neraka yang telah dicipta di dalamnya pepohonan zaqqum sebagai makanan penghuni neraka. Di dalam hadis nabi s.a.w. diterangkan ; Bahawa semiskin-miskinnya penghuni neraka adalah ketika mereka meminta pertolongan dengan makanan, lalu didatangi kepada mereka makanan kayu Zaqqum, ketika sudah datang kepada makanan kayu zaqqum itu, mereka terus memakannya, maka mendidihlah apa yang ada di dalam perutnya dan otaknya,serta gigi geraham mereka. Kemudian keluarlah dari mulut mereka api yang menjilat-jilat dan jasad mereka hancur diantara tapak kaki mereka.
Di dalam neraka juga terdapat api-api yang bergelojak,teramat panas dan berkobar-kobar. Panasnya melebihi panas api di dunia. Ia merupakan lautan api yang tidak kunjung reda dan tidak kunjung padam. Api inilah yang akan menghancurkan penghuni neraka. Dan sesungguhnya bahan bakar di neraka adalah manusia-manusia yang masuk di dalamnya dan batu-batu. Di dalam neraka juga terdapat peralatan untuk menyeksa penghuninya, alat-alat itu adalah seperti rantai besi, cambuk dan belengu. Yang mana panjang rantai-rantai itu adalah 70 hasta. Bukan itu sahaja, di dalam neraka terdapat benda lain untuk digunakan bagi menyeksa orang-orang yang berdosa, terdapat juga tujuh puluh ribu bukit yang mana setipa bukit itu mempunyai tujuh puluh ribu jurang. Pada setipa jurang terdapat tujuh puluh ribu nyalaan api dan setiap nyalaan api itu terdapat tujuh puluh ribu kampung yang man setiap kampung itu ada tujuh puluh ribu mahligai. Pada tiap-tiap mahligai terbina tujuh puluh ribu rumah dari api. Pada tiap-tiap rumah itu terdapat tujuh puluh ribu ular dan tujuh puluh ribu kala jengking dan pada setiap ekor kala jengking itu mempunyai tujuh puluh ribu ekor sebagai penyengat.
Inilah ancaman Allah s.w.t. kepada calon-calon penghuni neraka. Kesemuanya telah dijelaskan di dalam firman-firman Allah dan juga hadis-hadis rasulullah sebagai peringatan buat manusia di dunia yang masih lagi belum beriman dan juga buat sesiapa yang tidak mahu beriman agar segera bertaubat dan kembali ke jalan agama Allah dan sentiasa mempertingkatkan ilmu dan amalannya dalam mencari keberkatan Illahi.

MENGAPA MANUSIA BOLEH TERJERUMUS KE NERAKA

Terdapat banyak factor yang boleh menyebabkan manusia terjerumus ke neraka. Diterangkan dalam surah An-Nisa` ayat 29-31 yang bermaksud;
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan cara perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu. Dan barang siapa berbuat demikian dengan melanggar haq dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Yang demikian itulah mudah bagi Allah. Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang di larang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu(dosa-dosamu yang kecil) dan kami masukkan kamu ke tempat yang mulia(syurga).”
Dalam ayat di atas telah dinyatakan akan jenis-jenis kesalahan yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi calon ahli syurga. Antara kesalahan yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi ahli neraka adalah dengan melakukan dosa besar seperti syirik yakni menduakan Allah dengan kuasa lain, memakan harta anak yatim, membunuh diri, mengambil riba, berzina dan derhaka pada ibu dan bapa. Selain itu, bagi orang yang sentiasa melakukan dosa-dosa kecil berulang kali ianya juga boleh menyebabkan dirinya termasuk dalam senarai ahli neraka.

KEADAAN CALON AHLI NERAKA
Ketika di dunia :-
Calon ahli neraka ketiak di dunia sentiasa mencari kesenangan dunia sehingga lupa akan bekalan untuk akhirat. Mereka ini ketika hidup sering melakukan dosa walaupung mereka sedar akan perbuatan mereka itu berdosa. Mereka sentiasa terikut-ikut dengan hasutan syaitan dan juga pujukan nafsu. Sifat mereka ini diumpamakan bagaikan binatang yang hanya mengenal makan, minum dan syahwatnya sahaja, malah di dalam al-Quran sendiri dijelaskan oleh Allah s.w.t. bahawa mereka itu sangat hina lebih dari binatang. Ini kerana mereka itu mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mempunyai mata tapi tidak digunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka juga mempunyai telinga tetapi tidak pernah digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah.
Di alam kubur :-
Sesungguhnya kubur merupakan tempat seksaan di dunia. Ianya boleh diibaratkan seperti “neraka mini” dunia. Semua hidupan di muka bumi kan merasa mati dan tidak ada yang kekal di dunia ini melainkan allah s.w.t. . Pada waktu mayat itu dibawa ke kubur, maka mayat itu tidak akan berdiam diri, melainkan mayat itu berkata-kata. Perkataan yang diucapkan oleh mayat itu hanya boleh didengari oleh semua makhluk kecuali manusia dan jin. Orang yang mati dalam keadaan kufur akan menerima seksaan di alam kubur. Antara seksaannya ialah disempitkan liang lahadnya hingga hancur luluh tulang rusuknya, mereka akan berasa sengsara sehingga datangnya hari kiamat, pada hari kiamat akan dibutakan mata mereka, dan kubur mereka dalam keadaan gelap gelita.
Di hari kiamat dan di neraka :-
Rupa ahli neraka ketika di padang Masyar adalah dalam keadan hitam pekat seperti arang dan tunduk terhina. Ini telah dijelaskan didalam Al-Quran. Dan apabila mereka dimasukkan ke dalam neraka, maka mereka akan berada dalam keadaan yang teramat sengsara dan kepedihan. Mereka juga diselubungi perasaan takut, khuatir, rasa sedih, penyesalan, dahaga, lapar yang tidak kunjung kenyang, mereka juga dalam keadaan miskin dan terhina. Malah mereka juga menjerit-jerit ingin mati dan mahu kembali ke dunia untuk melakukan amal soleh. Selain itu, keadaan diri mereka kurus dan badan penuh dengan luka-luka akibat daripada sentuhan api yang bergejolakdan menyala-nyala. Mereka pada masa itu tidak hidup dan tidak mati

KESENGSARAAN AHLI NERAKA
Apabila mereka yang menjadi calon ahli neraka tiba di pintu-pintu neraka, mereka disambut oleh para Malaikat Zabaniyah. Malaikat-malaikat ini akan membelengu mereka dengan rantai-rantai seta cambuk-cambuk lalu diseret muka mereka dan dilemparkan ke dalam api neraka yang bergelojak. Para malaikat juga turut memukul mereka dengan dengan palu besi. Bagi orang yang tidak berpegang pada amanatnya pula, akan diseret wajah mereka ke neraka dan ketika mereka jatuh ke dalam neraka Jahanam, maka setiap anggota badan mereka akan hancur dalam satu tempat, setiap otot akan hancur dalam suatu tempat dan hatinya akan hancur dalam satu tempat. Seksaan di neraka adalah berbeza-beza bagi setiap tingkat kesalahan yang di lakukan.
Penghuni neraka adalah mereka yang sentiasa lapar dan dahaga, mereka sentiasa merintih-rintih dan menjerit-jerit merasakan letih dan dahaga. Bagi penghuni neraka tidak disediakan makanan ataupun minuman yang lazat dan enak. Yang ada hanyalah pohon zaqqum dan juga pohon yang berduri. Selain daripada pepohonan sebagai makanan, makanan bagi mereka adalah dari nanah dan darah yang terpaksa harus dimakan mereka. Jika mereka berasa haus dan dahaga minuman yang ada bagi mereka adalah dari mata air yang mendidih yang boleh menggentarkan hati mereka.
Nasib yang di alami oleh penghuni neraka amat malang dan sengsara kerana sekejap pun mereka tidak pernah berasa bahagia, mereka sentiasa dalam keadaan miskin dan hina-dina. Mereka tiada pakaian melainkan pakaian yang diperbuat dari api neraka, tembaga yang dibakar api neraka sebagai baju dan pakaian dari pelangkin yang mendidih.
Begitulah seksaan dari Allah buat orang-orang yang tidak melakukan suruhannya, sungguh dasyat sedangkan seringgan-ringgan seksaan di neraka adalah diletakkan di bawah tumit mereka bara api yang boleh mendidihkan otak. Penghuni neraka adalah kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Orang-orang kafir abadi di dalam neraka mereka akan menerima seksaan untuk selama-lamanya. Mereka tidak dapat menyelamatkan diri melainkan menerima seksaan di dalam neraka. Orang-orang yang murtad juga kekal di dalam neraka. Walaubagaimanapun bagi orang mukmin mereka tidak kekal di dalam neraka. Allah akan memerintahkan kepada Malaikat Zabaniyah untuk mengeluarkan hamba-hambanya yang di dalam hati mereka terdapat butir-butir dari keimanan, iaitu mempercayai adanya Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa, atau mentauhidkan-Nya namun mereka mencampuradukan antara barang yang hak dengan kebatilan, antara amal kebaikan dengan amal kemaksiatan. Oleh kerana itu di dalam sebuah hadis sahih dijelaskan bahawa orang mukmin tidak akan kekal oleh Allah di dalam neraka setelah mereka dimasukkan ke dalam neraka akibat dari dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Setelah bersih barulah mereka akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

KESIMPULAN
Sesungguhnya neraka merupakan tempat yang paling dasyat untuk menghukum orang-orang yang melanggar perintah Allah s.w.t. kesengsaraan yang akan menjadi santapan penghuninya harus di jadikan teladan dan kita seharusnya memfaatkan kehidupan di dunia untuk mencari keberkatan yang Esa agar kita tidak termasuk dalam golong penghuni neraka. Amin



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Nota: Laman ini memuatkan bahan-bahan pengetahuan Islam yang ditulis oleh pelajar UiTM Perlis. Anda dibenarkan membaca dan mengambilnya tetapi hendaklah terlebih dahulu merujuk sumber asalnya iaitu al Quran dan al Hadith Rasul SAW.

Akhlak Terhadap Ibu Bapa -

Oleh: FADZILAH BINTI ROSLI

AKHLAK TERHADAP KEDUA IBUBAPA
Al-Quran adalah kitab Islam yang paling agung sebagai sumber peradaban. Al-Quran juga yang menjadi roh kepada pendidikan Islam. Oleh kerana itu, sejak wahyu pertama lagi Islam menekankan tentang pentingnya ilmu pengetahuan. Hanya pendidikan Islam yang pertama kali dalam sejarah pemikiran manusia yang mewajibkan penganutnya belajar, lebih 14 abad sebelum dunia memperkenalkan kewajipan belajar pada awal abad ke-19M.
Maka tidak hairanlah jika kita toleh kepada sejarah silam, kita akan merasa kagum dengan rekod kecermerlangan dan kemajuan yang telah dicapai oleh kaum Muslimin. Mereka bangkit sebagai penggerak zaman dan menjadi pemimpin tamadun dunia yang disegani.
Beberapa abad kemudian, kemajuan yang dicapai itu mulai menjadi malap dan akhirnya menjadi mangsa kolonialisme dan imperialisme. Dari pimpinan dunia yang gagah menjadi hamba abdi di negerinya sendiri. Penjajahan telah meninggalkan kesan yang amat mendalam ke atas kehidupan umat Islam, kerana mereka bukan sekadar menjajah ekonomi dan politik tapi berusaha keras menukar keperibadian, pemikiran, sistem, nilai dan aqidah umat.
Alat yang paling ampuh mereka gunakan ialah sistem pendidikan. Mereka serapkan ke dalam sistem pendidikan itu faham sekular. Manusia dan masyarakat dilepaskan ikatanya daripada Allah dan nilai-nilai keagamaan. Akhirnya peradaban moden.
Umat manusia perlu kembali semula kepada sistem pendidikan yang sesuai dengan fitrahnya. Satu-satunya jalan keluar ialah dengan kembali menerima sepenuhnya pendidikan al-Quran. Pendidikan al-Quran yang mencorakkan keperibadian manusia dari sudut aqidah, ibadah dan akhlaknya.

Misi Islam yang sebenarnya ialah mengangkat martabat manusia dengan menanamkan ke dalam diri mereka nilai-nilai yang luhur, sesuai dengan kedudukan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Nilai-nilai luhur itu akan terserlah manifestinya melalui akhlak dan budi pekerti mulia yang menghiasi peribadi seseorang. Oleh itu, Islam amat mementingkan persoalan akhlak dan budi pekerti, sebagai suatu unsur kekuatan ke arah mempertingkatkan martabat manusia di dunia serta memperolehi keredaan Allah disebalik kehidupan yang sekarang ini.
Menurut al-Imam al-Ghazali rahimahullah, definisi akhlak ialah : “Sumber daya yang terpendam di dalam jiwa yang menyebabkan lahirnya sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan fikiran dan renungan.
Seterusnya dia menerangkan, sekiranya sumber daya tadi menyebabkan lahirnya perbuatan-perbuatan yang elok dan terpuji pada akal dan syarak, maka ia dinamakan akhlak yang baik. Sebaliknya, jika ia menyebabkan lahirnya perbuatan-perbuatan yang keji, maka ia dinamakan akhlak yang buruk.
Akhlak juga boleh diertikan sebagai kelakuan, tata tertib dan maruah. Bahkan ia mencakupi seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan dari dorongan batiniah di dalam diri manusia.
Akhlak mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan iman. Akhlak yang baik adalah manifesti kesempurnaan iman. Kuat atau lemahnya iman seseorang itu dapat diukur dan diketahui daripada perilaku akhlaknya. Justeru iman yang kuat mewujudkan akhlak yang baik dan mulia. Manakala iman yang lemah akan mewujudkan akhlak yang jahat dan kelakuan yang buruk serta mudah terjerumus kepada perbuatan keji yang merugikan dirinya dan orang lain. Justeru dalam wasiat Luqman menekan tiga aspek akhlak yang asas untuk diberikan penekanan dalam pendidikan anak-anak, iaitu berbakti kepada kedua ibubapa, muqarabah (pengawasan diri) terhadap Allah dan sifat-sifat utama dan terpuji.
Berbakti kepada kedua ibubapa adalah merupakan perintah Allah. Kedua ibubapa menduduki tempat yang paling istimewa. Mereka menduduki tempat yang kedua sesudah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Oleh kerana itu, tidak ada seorang pun diatas muka bumi ini yang dapat menyamai kedudukan kedua ibubapa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Hak-hak kedua ibubapa disebut sesudah hak-hak Allah dan Rasul-Nya. Demikian tinggi dan terhormatnya kedudukan kedua ibu bapa, sehingga Allah Ta’ala menyebutkan hak-haknya mengiringi hak-hak Allah dan Rasul-Nya. Keredaan Allah Subhanahu wa Ta’ala terletak pada keredaan kedua ibubapa. Ketaatan kepada bapa adalah kunci untuk memasuki pintu syurga. Sesiapa yang menderhakainya akan kehilangan anak kunci dan tidak dapat memasuki syurga.
Berbakti kepada kedua ibubapa didahulukan daripada Jihad Fi Sabilillah. Oleh kerana itu para ulama berpendapat, tidak harus keluar berjihad tanpa mendapat izin daripada kedua ibubapa, sekiranya kedua-duanya Islam atau izin daripada kedua ibubapa, sekiranya kedua-duanya Islam atau izin salah seorang daripadanya yang Islam. Andaikata kedua-duanya kafir, tidak disyariatkan meminta izin dari kedua-duanya.
Dalam konteks ini, terdapat beberapa keutamaan ibu melebihi bapa. Antaranya ialah penderitaan Ibu lebih besar daripada bapa. Ibu dan bapa amat besar jasanya kepada anak, terutamanya ibu. Tiada seorang manusia pun di muka bumi ini yang menanggung derita sengsara, susah payah, lebih daripada seorang ibu. Bermula dari waktu hamil, melahirkan anak, menyusu, mengasuh dan mendidiknya hingga dewasa. Al-Quran telah melukiskan sebahagian daripada penderitaan ibu dengan ungkapan yang cukup indah.
Selain itu, ibu juga lebih mengambil berat menjaga anak daripada bapa. Seorang ibu memang sudah dibekali sifat tabi’inya, lemah lembut, kasih saying dan rindu kepada anaknya. Oleh sebab itu, tidak didapati satu ayat pun di dalam al-Quran yang menyuruh dan menggalakkan kedua ibubapa supaya mengasihi anaknya. Lantaran sifat-sifat ini sudah wujud secara fitrah kepada mereka. Itulah sunatullah yang tidak akan berubah. Sebaliknya al-Quran dan ajaran Islam pada keseluruhanya mengarahkan agar anak-anak sentiasa berbakti kepada kedua ibubapa, taat dan patuh terhadap keduanya selagi mereka tidak menyuruh perkara-perkara yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya adalah kasih sayang yang tulus ikhlas, tidak mengharapkan sebarang ganjaran dan balasan, tidak mengenal waktu dan tempat, susah dan senang. Khususnya ketika si anak ditimpa bala bencana. Sekali pun si anak itu pernah menderhaka, menentang dan menyakitinya.
Berbakti kepada kedua ibubapa adalah suatu yang agung disisi Allah. Maka sudah sepatutnya orang yang berbakti kepada keduanya akan mendapat balasan yang setimpal di Akhirat kelak. Manakala di dunia ini mereka akan memperolehi balasan yang sama daripada anak-anak mereka. Sebab itu sering kita lihat orang yang berbuat baik kepada ibubapa akan dibuat baik pula oleh anak-anaknya dan sebaliknya.Selain itu,doa mereka dimakbulkan Allah serta dilepaskan dari kesulitan dan bala.
Derhaka kepada ibubapa termasuk salah satu daripada dosa besar. Semasa hayat Rasulullah s.a.w pernah berlaku satu peristiwa di mana seorang anak tidak dapat melafazkan dua kalimah syahadah sewaktu hendak mati, lantaran di hati ibunya tersimpan sedikit rasa marah kepada anaknya itu.
Derhaka bererti melawan dan tidak menunaikan hak-haknya. Diantara bentuk-bentuk derhaka ialah memandang kedua ibubapa dengan pandangan menjeling sambil marah, menganggap dirinya sama taraf dengan bapanya, enggan mencium kedua-dua tangan mereka kerana merasa dirinya lebih besar dan mulia. Selain itu, mereka juga merasa malu untuk memperkenalkan bapanya kerana kesombongan disebabkan dia disanjung di dalam masyarakat. Sebesar-besar derhaka ialah mengucapkan kata-kata seumpama ahh,ciss,hiss dan sebagainya kepada kedua-duanya, menyergah, merasa jemu dan meninggikan suara terhadap keduanya. Menegurnya dengan kata-kata yang menyakitkan hati mereka serta menghina dan mencaci peribadi mereka berdua.
Kita sebagai anak mestilah memberikan hak-hak yang sepatutnya terhadap kedua ibu bapa kita. Antara hak yang sepatutnya ditunaikan oleh seorang anak ialah hendaklah bercakap dengan mereka dengan tutur kata yang lemah lembut dan tidak menggunakan perkataan yang kasar. Janganlah memanggil mereka dengan menyebut namanya. Selain itu,sesuatu yang menyukakan hati mereka hendaklah disokong dan gembirakanlah mereka selalu. Sebaliknya sesuatu yang dibenci oleh mereka hendaklah ditunjukkan kebencian juga. Kita hendaklah berbuat sesuatu yang menyenangkan hati mereka dan berdoa memohon keampunan buat mereka setiap kali berdoa untuk diri sendiri.
Kesan daripada pendidikan berbakti kepada kedua ibubapa dapatlah dirumuskan bahawa kedudukan ibubapa di dalam Islam adalah paling utama selepas Allah dan Rasul-Nya. Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib ke atas setiap anak dalam apa keadaan sekalipun. Berbakti kepada kedua ibubapa adalah salah satu di antara asas-asas terpenting di dalam pendidikan Islam. Amatlah ditekankan disini bahawa menderhaka kepada ibu bapa adalah termasuk dosa besar.
Berdasarkan kepada aspek-aspek seperti inilah, golongan yang prihatin dengan pendidikan Islam membesarkan anak-anak mereka. Seterusnya mereka mengajar dan melatih anak-anak mereka sehingga terbiasa dengan ketaatan dan memperkenalkan mereka sejak usia kecil lagi tentang hak-hak ibubapa yang wajib ditunaikan.
Apabila anak-anak, sejak dari kecil lagi telah tahu melaksanakan hak-hak ini dengan baik dan sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam, maka mereka menjadi lebih mudah melaksanakan hak-hak yang lain seperti hak-hak kepada kaum kerabat, jiran tetangga, guru-guru dan lain-lain. Ini kerana keutamaan berbakti kepada kedua ibu bapa ini adalah pokok dari segala keutamaan yang wujud di dalam masyarakat. Adalah mudah bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap berbakti dan menghormati kedua ibubapanya untuk dididik dan diasuh supaya menghormati jiran tetangga, guru-guru dan seterusnya menghormati manusia seluruhnya.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Nota: Laman ini memuatkan bahan-bahan pengetahuan Islam yang ditulis oleh pelajar UiTM Perlis. Anda dibenarkan membaca dan mengambilnya tetapi hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada sumber asalnya iaitu al Quran dan al Hadith Rasul SAW.


Sembahyang -

Oleh : Nurul Hasyikin Binti Ismail

Sembahyang

Dalam diri setiap Muslim pasti terselit rasa bahawa darjat mereka sebagai seorang Muslim lebih tinggi daripada seorang kafir. Hal ini adalah hakikat, di mana Allah sememangnya senang dengan seorang Muslim berbanding seorang kafir yang dimurkai-Nya sedangkan seorang kafir itu juga merupakan keturunan Adam a.s , manusia yang mempunyai tangan, kaki, mata, perlu makan, perlu bernafas dengan udara yang sama dan hidup di bumi yang sama seperti seorang muslim. Tapi persoalannya kenapakah darjat kita sebagai seorang Muslim lebih tinggi berbanding mereka? Dan mengapa kita akan dimasukkan ke syurga manakala orang kafir akan dicampak terus ke dalam api neraka untuk selamanya.Tidak mungkin juga perbezaannya terletak pada nama yang berbeza seperti nama “ Abdullah” dan “Johnson” , ataupun disebabkan seorang Muslim dikhatankan dan seorang kafir itu tidak, ataupun disebabkan seorang Muslim tidak memakan daging babi dan seorang lagi memakannya. Namun hakikat sebenar perbezaan yang wujud bukanlah terletak atau tertakluk kepada perkara – perkara tersebut. Allah s.w.t tidak sekejam itu untuk mendiskriminasikan makhluk-Nya.

Namun perbezaan sebenar kedudukan antara seorang Muslim dan seorang kafir itu adalah kerana Islam dan kekufuran mereka terhadap Allah s.w.t. Islam bererti patuh kepada Allah s.w.t sedangkan kufur bererti tidak patuh kepada Allah s.w.t. Ternyatalah bahawa orang Muslim lebih mulia kedudukannya kerana mengakui Allah s.w.t serta mematuhi segala perintah-Nya sedangkan orang kafir itu tidak mengakui Allah s.w.t yang telah menciptakannya sebagai Tuhannya dan langsung tidak melaksanakan perintah-Nya. Terdapat dua sebab yang boleh diambil kira untuk membandingkan antara seorang Muslim dan seorang kafir iaitu pengetahuan dan perbuatan. Orang Muslim seharusnya tahu siapa Tuhannya, mengetahui segala perintah dan larangan-Nya yakni apa yang disukai dan dibenci oleh Tuhannya. Seterusnya individu Muslim itu perlu menjadikan dirinya hamba kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan segala kehendak-kehendak-Nya seta mengabaikan kemahuannya sendiri. Contohnya, apabila individu tersebut ingin melakukan sesuatu perbuatan namun bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka keinginan tersebut harus dibatalkan demi mematuhi perintah Tuhannya dan untuk tidak mengundang murka-Nya. Begitu juga halnya dengan perbuatan yang mulia bagi Allah s.w.t namun tidak bagi kita, kita sebagai hambanya haruslah sentiasa patuh kerana Allah lebih mengetahui segalanya walaupun
sehingga terpaksa mengorbankan nyawanya.

Jika terdapat seorang yang mengatakan dirinya Muslim namun sama bodohnya tentang Islam seperti orang kafir dapatkah dikatakan bahawa kedudukannya lebih tinggi berbanding seorang kafir semata-mata kerana memiliki nama, pakaian dan memakan makanan yang berbeza berbanding mereka? Sudah tentu tidak, kerana Islam bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi sebagaimana kasta di India, dimana anak seorang Brahmana yakni kasta tertinggi di dalam masyarakat India akan tetap memperoleh kedudukan yang tinggi walau sebodoh manapun dia Sementara yang berkasta rendah pula akan kekal ditindas oleh kasta yang lebih tinggi daripada mereka.

Allah s.w.t telah berfirman bahawa :- “… Sesungguhnya orang yang paling mulia antaramu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu…”( Al-Quran, al-Hujrat,49:13 )

Firman Allah s.w.t tersebut bermaksud semakin banyak pengetahuan tentang Allah s.w.t maka semakin tinggi kedudukannya di sisi Allah s.w.t. Jika kita lihat berdasarkan sejarah Nabi Ibrahim a.s, beliau telah dilahirkan ditengah-tengah keluarga dan masyarakat penyembah berhala namun beliau mengenal Allah s.w.t dan mentaati perintah- Nya. Itulah sebabnya Allah s.w.t mengangkatnya sebagai imam seluruh dunia. Berbeza dengan situasi anak Nabi Nuh yang dilahirkan dalam keluarga seorang nabi , tetapi dia tidak mengerti tentang Allah s.w.t dan tidak mentaati perintah-Nya. Allah s.w.t telah menghukum anak nabi Nuh sedemikian rupa tanpa mempedulikan keluarganya yakni ayahnya yang merupakan seorang nabi hingga kisahnya menjadi contoh bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu, apapun perbezaan yang ada antara seorang manusia dengan manusia yang lain dalam pandangan Allah s.w.t hal tersebut berhubungan dengan pengetahuan dan perbuatan. Rahmat Allah s.w.t sentiasa melimpah baik di dunia ini mahupun di akhirat kelak kepada mereka yang mengerti akan Allah s.w.t serta melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Bagi mereka yang tidak mematuhi segala yang telah digariskan oleh Allah s.w.t sama sahaja kedudukannya dengan mereka yang kafir dan tidak berhak memperoleh rahmat-Nya.

Allah s.w.t telah mengirimkan kitab-Nya yakni Al-Quran kepada kita dan dengan membacanya kita dapat mengenal-Nya dan tahu cara-cara untuk menjadi hamba yang patuh. Allah s.w.t turut mengutus Rasul-Nya kepada kita untuk mengajar kita cara menjadi seorang Muslim yang patuh serta menunjukkan kita jalan untuk memperoleh kehormatan dan kemuliaan di dunia dan akhirat nanti. Begitu juga Allah s.w.t telah memberitahu kepada kita perbuatan bagaimana yang dapat merendahkan kedudukan manusia di dunia ini di akhirat nanti. Jika kita belum mempunyai pengetahuan dalam segala hal ini daripada Kitab Allah dan dari utusan-Nya jadi layakkah kita disebut orang Muslim yang menerima rahmat-Nya? Sesungguhnya tiada perbezaan antara seorang Muslim dengan kafir kecuali dalam masalah pengetahuan dan perbuatan. Jika individu Muslim itu pengetahuan dan perbuatannya sama seperti seorang kafir namun mengakui dan menyebut dirinya sebagai seorang Muslim, ucapannya tersebut adalah dusta kerana sama seperti seorang kafir yang tidak suka membaca al-Quran dan tidak tahu apa yang tertulis di dalamnya. Orang kafir juga tidak mengetahui apa yang diajarkan oleh rasulullah s.a.w, mereka juga sentiasa mengikut keinginan kemahuannya sendiri dan apabila sifat ini sama dengan diri individu Islam itu maka dia tidak layak untuk digelar Muslim yakni hamba Allah yang patuh. Selain itu, orang kafir juga tidak membezakan yang halal dan haram, apa yang mereka tahu adalah menerima manfaat dan keuntungan semata-mata dan perkara sebegini ada diamalkan dalam diri Muslim. Maka layakkah dia menggelar dirinya Muslim dan menganggap darjatnya lebih tinggi berbanding seorang kafir.

Muslim kini bezanya dengan kafir hanyalah pada nama, jika dilihat dari sudut lain mereka sama sahaja dengan kafir yang lain kerana sama tidak takutnya kepada Allah s.w.t , tidak mahu membaca al-Quran dan tidak mahu mengikut ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Contohnya, dalam pekerjaan kita hendaklah jujur dan amanah, malangnya rasuah ataupun suap atau lebih biasa digelar ‘ duit kopi ‘ yang ditegah menjadi amalan. Hal ini terutamanya berlaku di peringkat atasan pengurusan, mereka menyalahgunakan kuasa mereka. Maka orang – orang seperti ini neraka adalah tempat bagi mereka yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Perkara – perkara sebegini berlaku kerana jahilnya dan ceteknya ilmu tentang agama Islam menyebabkan mereka melakukan perbuatan seperti layaknya seorang kafir dimana mengambil contoh sepertimana di zaman Rasulullah s.a.w orang Yahudi yang berniaga di pasar Qainuqa’ di Madinah, urus niaga mereka penuh dengan riba dan penipuan. Oleh itu, untuk menjadi seorang muslim yang membezakan mereka dengan seorang kafir adalah pengetahuan tentang Islam iaitu dengan mengetahui apa yang diajarkan oleh al –Quran, sistem kehidupan yang diamalkan Rasulullah s.a.w, apa makna Islam dan perkara – perkara yang membezakan Islam dari kufur.

Dalam kisah seterusnya tentang kisah – kisah pengajaran berkaitan dengan solat terdapat banyak kisah pengajaran dari zaman nabi-nabi terdahulu. Diceritakan ketika Nabi Isa a.s sedang dalam perjalanan beliau telah melihat masyarakat yang rajin dalam beribadah kepada Allah s.w.t dengan penuh kesungguhan. Mereka amat suka bersedekah dan beramal baik, keadaan kehidupan mereka amat makmur. Tumbuh-tumbuhan yang ditanam masak ranum di setiap kebun mereka, anak-anak mereka membesar sihat-sihat, cantik-cantik dan tampan-tampan belaka. Namun Nabi Isa a.s terpaksa untuk meneruskan perjalanan beliau. Selang beberapa tahun lamanya, Nabi Isa a.s merasa rindu untuk kembali bertandang ke tempat tersebut dan nabi Allah itu segera pergi. Namun, apa yang memeranjatkan beliau tidak ada lagi keindahan daerah tersebut yang dilihatnya sebelum ini. Semuanya telah musnah, Nabi Isa a.s menjadi hairan dan tercari-cari jawapan namun tidak ada suatu jawapan yang terlintas lalu beliau bertanya kepada Tuhan tentang kemusnahan yang berlaku ke atas daerah itu dan apakah sebabnya. Melalui firman-Nya, Allah s.w.t menjawab bahawa ada seorang yang suka mengabaikan solat lalu di daerah itu dan membasuh mukanya dengan air sungai yang terdapat di situ lalu disepanjang perjalanannya menitislah bekasnya di sepanjang perjalanan dan di rumah-rumah mereka. Akibatnya, seluruh yang ada di daerah itu dibinasakan. Melalui kisah ini dapat juga diambil pengajaran bahawa bala Allah s.w.t turunkan tidak mengira samada orang tersebut beriman ataupun tidak.

Seterusnya, terdapat kisah di zaman Rasulullah s.a.w dimana ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk-duduk di masjid datang seorang pemuda Arab yang menangis semahunya ke tempat dimana nabi dan para sahabat berkumpul. Lalu dengan kehairanan nabi bertanya kenapa dia menangis sebegitu rupa, lalu pemuda tersebut menjawab bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Lantas nabi menenangkan pemuda tersebut dengan berkata bahawa kematian adalah takdir Allah s.w.t kerana semua yang hidup bakal mati satu hari nanti. Tetapi pemuda Arab itu memberitahu bahawa dia menangis sebegitu rupa bukan kerana sedih atas pemergian ayahnya tetapi oleh kerana dia tidak mempunyai kain kafan untuk membungkus jasad ayahnya dan tidak ada orang yang ingin membantu memandikan jenazah ayahnya. Lalu Rasulullah s.a.w menoleh kearah Abu Bakar dan Umar dan meminta tolong sahabat tersebut untuk pergi ke rumah pemuda Arab tersebut. Berlalulah Umar dan Abu Bakar r.a bersama pemuda tersebut menuju ke rumahnya, namun kedua sahabat itu terkejut yang amat melihatkan jenazah yang terbujur itu bergerak-gerak seperti babi hutan berwarna hitam. Tanpa berlengah Abu Bakar r.a dan Umar segera pergi meninggalkan rumah itu dan pergi mendapatkan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya tentang pemergian mereka, salah seorang dari kedua sahabat itu menjawab bahawa ada keanehan dan menceritakan apa yang mereka telah lihat mengenai jenazah tersebut. Rasulullah s.a.w lantas segera bangkit dari duduknya dan mengajak Abu Bakar r.a dan Umar kembali ke rumah pemuda tersebut. Nabi turut kehairanan melihat mayat yang berubah bentuk lalu baginda memanjatkan doa kepada Allah s.w.t dan mayat tersebut beransur kembali ke bentuk asal. Rasulullah s.a.w dan para sahabat seterusnya memandikan, mengakafankan dan menyembahyangkan mayat tersebut. Sekali lagi ketika jenazah tersebut ingin dikebumikan, peristiwa tadi berulang kembali dimana mayat tersebut berubah semula menjadi babi hutan yang berwarna hitam. Rasulullah s.a.w menjadi risau lalu mendekati anak almarhum tersebut lalu bertanya apakah perbuatan yang pernah dilakukan ayahnya semasa hidupnya? Lalu anak almarhum menjawab bahawa ayahnya baik terhadap semua orang namun malangnya dia selalu mengabaikan sembahyangnya. Lalu Rasulullah s.a.w berseru kepada sekalian yang turut serta di upacara pengkebumian tersebut bahawa ambillah pengajaran dari kejadian tersebut akibat daripada suka mengabaikan sembahyang ketika hidupnya jenazah tersebut bertukar menjadi babi hutan dan begitu juga rupanya ketika dibangkitkan di akhirat kelak.

Terdapat juga kisah pengajaran semasa zaman pemerintahan Abu Bakar r.a tersebutlah kisah seorang lelaki yang meninggal dunia lalu dimandikan, dikafankan seperti layaknya muslim yang lain yang meninggal dunia. Ketika hendak disembahyangkan tiba-tiba tubuh mayat itu bergerak-gerak dan salah seorang daripada yang ada disitu meraba-raba tubuh mayat tersebut dan mendapati ada sesuatu yang asing di dalam kain kafan itu. Ternyata disebalik kafan itu terdapat seekor ular yang sedang membelit leher mayat dan menggigit dagingnya. Salah seorang daripada yang ada di situ hendak membunuh ular tersebut namun dengan penuh keajaiban dan dengan kuasa Allah s.a.w ular itu boleh mengucapkan kalimah syahadat. Lalu berbicara seperti manusia dan melontarkan pertanyaan kenapa mereka ingin membunuhnya sedangkan dia juga adalah makhluk Allah dan Allah s.w.t telah menyuruhnya menyeksa mayat tersebut hingga hari Kiamat. Orang ramai yang ada disitu lantas bertanya apa yang menyebabkan mayat tersebut diseksa sebegitu rupa. Ular itu menjawab bahawa semasa hidupnya, jenazah tersebut mempunyai tiga dosa dan kesalahan. Pertama, walaupun sudah terdengar seruan azan namun dia enggan sembahyang berjemaah dan selalu melengah-lengahkan waktu. Keduanya, dia enggan membayar zakat atas harat yang dimilikinya dan ketiga dia tidak mempedulikan nasihat ulama lalu binatang itu menghilang.

Dalam kisah pengajaran lain dimana seorang saudagar kaya ingin membeli hamba, dan dia tertarik dengan seorang pemuda hamba lalu membelinya. Namun si hamba mengenakan tiga syarat iaitu si hamba sebagai seorang muslim dia mempunyai kewajipan apabila masuk waktu sembahyang saudagar tersebut tidak boleh menghalangnya untuk melakukan solat. Kedua, saudagar boleh menyuruhnya melakukan apa sahaja pada waktu siang tetapi tidak pada waktu malam kerana dia ada keperluan khusus dan ketiga hamba tersebut diminta disediakan bilik khusus dengan tidak ada seorang pun boleh memasukinya. Saudagar pun bersetuju membeli pemuda tersebut dan memenuhi syarat-syarat yang dikehendakinya. Rumah saudagar itu sangat luas dan dikelilingi tembok, ketika melihat-lihat suasana di rumah tersebut pemuda hamba tadi terpandang sebuah bangunan yang tidak jauh dari rumah induk lalu menyuarakan hasrat untuk tinggal di dalam bangunan tersebut untuk ditempatinya di malam hari. Namun ditegah oleh saudagar tersebut tetapi pemuda itu tetap berkeras untuk menempati bangunan tersebut dengan berkata dia lebih suka tinggal bersama Allah s.w.t dibangunan hamper roboh itu. Mulai detik itu, pemuda tersebut menjadi hamba dan mengabdi kepada majikannya dengan penuh taat dan rajin bekerja. Pada sebelah malam pula pemuda tersebut masuk ke bangunan buruk tempat tinggalnya dan sepanjang malam dia akan berdialog dengan Allah s.w.t . Suatu malam si majikan berjalan-jalan di sekitar perkarangan rumah dan dia turut melalui bangunan yang didiami hambanya, saudagar itu secara tidak sengaja telah menjenguk ke dalam bangunan itu dan terperanjat kerana mendapati bangunan tersebut terdapat cahaya. Saudagar semakin hairan kerana melihat hambanya sujud dengan khusyuk sementara ada lampu bercahaya terang dan mengaibkan kerana lampu itu tidak bergantung pada apa pun!

Saudagar mendengar hambanya sedang bermunajat kepada Allah s.w.t dengan suara lirih. “ Ya Allah, ampunilah aku. Sungguh Engkau adalah Dzat yang bijaksana dan mengerti akan kesukaranku. Kerana itu maafkanlah aku. Sebab aku memang harus mentaati majikanku. Aku melayaninya di siang hari. Kalau sahaja aku tidak ada kewajipan tersebut, tentu seluruh waktu ku akan ku pergunakan untuk berkhidmat kepada-Mu. Maafkanlah aku, wahai Tuhan! “ Saudagar tersebut yang sedari tadi tercegat diluar bangunan hatinya terasa bergetar dan terharu dengan apa yang disaksikannya. Menjelang Subuh, lampu yang berada di atas hamba itu lenyap sama sekali dan atap bangunan yang terbuka semalam tertutup kembali. Lantas si majikan segera meninggalkan tempat itu dan menceritakan kepada isterinya tentag kejadian yang dilihatnya namun isterinya tidak percaya lalu dibawa isterinya dibawa menuju ke tempat dimana bangunan yang didiami hambanya itu dan dengan kuasa Allah peristiwa malam sebelumnya berulang kembali. Benarlah apa yang dikatakan oleh suaminya, lalu keduanya menitis airmata dan mereka kembali ke rumah selepas itu. Keesokannya, pemuda hamba itu dipanggil dan majikan suami isteri itu memulakan bicara dengan menyatakan ketakutan mereka kepada Allah s.w.t. Kerana takut kepada Allah s.w.t mereka menyatakan bahawa untuk memerdekakan pemuda hamba tersebut agar tidak mengekangnya daripada meluangkan banyak waktu untuk beribadat kepada-Nya. Dengan linangan airmata kerana tidak mampu menahan kegembiraan, pemuda itu lalu sujud syukur dan selepas itu tidak lagi pernah bangkit kerana hamba yang baru dibebaskan dari Tuannya itu telah meninggal dunia.

Begitulah serba sedikit tentang kisah-kisah pengajaran berkaitan dengan solat dan perbezaan antara orang Islam dan orang kafir. Banyak pengajaran-pengajaran yang boleh diperoleh daripada apa yang telah disampaikan di atas. Antaranya, sebagai seorang Islam dan muslim kita sewajarnya mengikut lunas-lunas Islam sebenar yang membezakan kita daripada orang-orang kafir. Sementara kisah pengajaran solat dapat kita ambil iktibar bahawa solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat dia mendirikan agamanya, siapa yang meninggalkan solat dia meninggalkan agamanya. Solat adalah wajib bagi tiap individu muslim,sesiapa yang meninggalkannya awal-awal lagi akan mendapat seksa sejak di dunia lagi apatah lagi di akhirat kelak. Wallahua’lam!


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


Nota: Laman ini memuatkan bahan-bahan pengetahuan Islam yang ditulis oleh pelajar UiTM Perlis. Anda dibenarkan membaca dan mengambilnya tetapi hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada sumber asalnya iaitu al Quran dan al Hadith Rasul SAW.