Saturday, August 23, 2014

Kaedah Rawatan Menerusi Wuduk,Solat,Doa Dan Munajat

Oleh: Mohd Zahid Bin Zainul

Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat illahi dengan limpah kurnianya saya Berjaya menyiapkan esei yang ditugaskan oleh ustaz kepada saya. Dalam esei ini saya telah memilih tajuk kaedah rawatan menerusi wudhuk, solat, doa dan munajat. Tujuan saya memilih tajuk ini adalah kerana apabila saya amat tertarik dgn kuasa wudhuk, solat, doa dan munajat. Ramai lagi yang luar sana tidak tahu akan kesan melakukan perkara tersebut terutamanya dengan berwudhuk. Sebenarnya wudhuk ni sangatlah penting dalam kehidupan seharian kita.

Seluruh penyusunan ni dirumuskan dalam satu bentuk yang mudah difahami yang dihubungkan dengan tajuk yang seperti di atas. Akhirnya terdapat gambaran jelas atas keberkesanan mengamalkan perkara – perkara seperti di atas.

Sekian sahaja dari saya dan sesungghnya dari Allah s.w.t kita selalu memohon taufiq dan hidayahNya.

KAEDAH RAWATAN MENERUSI WUDUK,SOLAT,DOA DAN MUNAJAT

Tubuh manusia adalah sebagai kesatuan, bukan kumpulan atau bahagian yang terpisah-pisah. Jika ada tenaga yang terganggu, tubuh akan mengambil langkah bersepadu untuk melindungi dan mengembalikan keseimbangan secara homeostasis.

Daya vital atau tenaga hayat tubuh sentiasa bersatu tetapi jika berlaku kejatuhan atau kenaikan secara mendadak dan berterusan, tenaga itu tetap tidak dapat bertahan dan berlaku pelbagai gejala penyakit.

Keupayaan tenaga dalam bentuk semangat menjadikan manusia mampu bertahan dan terus hidup manakala tahap pemikiran sering tergugat dan kita harus memujuknya dengan akal atau kekuatan mental yang waras.

Bagaimana pun, di dalam tubuh manusia terdapat tenaga vital yang mempunyai keupayaan penyembuhan sendiri, iaitu terletak pada tahap emosi atau iman.

Jika penyakit dapat mengimbangi empat tahap kesatuan emosi iaitu sabar, ikhlas dan syukur maka tahap ketahanan tubuh terhadap serangan kuman atau ketidak seimbangan hormon dapat diselaraskan dan itulah rasional rahsia penyembuhan.

Rasulullah SAW pernah terkena penyakit demam akibat gangguan sihir yang dilakukan oleh seorang Yahudi bernama Labid bin Ashim. Diriwayatkan bahawa baginda sakit selama enam bulan, tetapi kerana kekuatan iman baginda di samping baginda sentiasa mendapat perlindungan Allah, maka penyakit baginda tidak berpengaruh sedikit pun terhadap aktiviti dan tugas-tugas kerasulan.

Tindak balas sebenar dipandang sebagai cara tubuh mengeluarkan atau menghambat sesuatu penyakit. Jika tahap emosi terus dipendam, penyakit akan terus menekan dan terjadi penderitaan kesakitan kepada tubuh.

Sebagai contoh, masalah darah, ada pesakit yang menghadapi gejala kebas, sengal, sakit belikat, sakit pada tengkuk, sakit dalam kepala, terhoyong-hayang, mengantuk pada siang hari, sukar bernafas, berdebar-debar, gemuruh, sakit urat dan mudah terseliuh.

Pengalaman berbeza ini harus ditangani dengan bijaksana bagi menentukan getaran tenaga yang tepat dan sesuai. Proses penyembuhan memerlukan suatu tenaga yang paling unggul yang dinamakan kekuatan iman dan rasa kehambaan.

Semua gejala perlu disemak dan disusun untuk menjadi gambaran gejala keseluruhan. Gejala aneh atau luar biasa lebih memerlukan keseimbangan tahap kerohanian.

Contohnya, pesakit yang berasa sesuatu keganjilan di dalam perut atau di mana-mana bahagian seperti bergerak-gerak, mencengkam, panas, mendidih, menghimpit dan lain-lain yang berlaku tidak tepat dan berulang-ulang maka getaran tenaga yang perlu diambil adalah lebih khusus atau spesifik iaitu menerusi solat tahajjud, puasa dan membaca al-Quran.

Jika ada perubahan, ini bermakna getaran sedang menjalankan fungsi dan penyakit boleh dikurangkan. Jika perubahan agak berat maka pengambilan getaran tenaga boleh ditukar kepada getaran tenaga tunggal khas yang lain iaitu menerusi munajat dan doa khusus.

Pergerakan getaran tenaga pasti akan menggerakkan juga tenaga organ yang besar peranannya iaitu paru-paru. Akitiviti pernafasan ini amat penting. Seminit kita tidak bernafas, jantung akan berhenti fungsinya dan semua organ lain akan turut terhenti. Selepas itu tenaga akan bergerak ke arah bahagian organ yang kurang penting seperti kulit, tenggorok atau anak tekak yang terasa mendapat kesan akhir.

Kesan pertama jika paru-paru mendapat reaksi seperti batuk, ubat kimia boleh digunakan dengan berkesan tanpa kesan sampingan. Alasannya ialah kerana keracunan itu berada di luar sistem sel, ini tidak membahayakan sistem dalaman sel yang terbabit. Bagaimanapun jika penyakit hanya mendapat reaksi gangguan kulit seperti jerawat atau gatal-gatal, ini hanya dianggap sebagai gangguan akut yang kecil dan pesakit bernasib baik kerana penyakit yang dialami selama ini tidak berada ditahap serius.

Racun dapat dikeluarkan dari tubuh dalam bentuk kotoran seperti nanah, hingus, pedih mata, jerawat dan cirit-birit. Pergerakan itu berlaku dari tahap atasan ke tahap bawahan. Misalnya, gangguan kulit akan bergerak ke bawah dan akhirnya akan hilang.

Kemunculan akhir penyakit akan berada pada tahap atasan dan kehilangannya akan dirasai pada tahap bawah kerana penyakit bermula dari tahap bawah.

Dalam proses penyembuhan, sebarang penderitaan akan berulang untuk sementara waktu dan apabila berlaku proses itu kita menganjurkan supaya pesakit tidak berhenti atau mengulangi getaran tenaga bagi frekuensi yang dideritai sehingga semua penyakit dapat dihambat keluar dan tidak terpendam atau tersembunyi untuk menjadi kanser pada suatu masa nanti.

Cara perubatan moden perlu berjalan seiring sebagai pelengkap. Dengan konsep luaran dalam situasi darurat atau mencemaskan boleh digunakan sebagai pertolongan pertama. Konsep luaran yang mudah dapat menangani pesakit yang tidak sedar atau tidak mampu untuk menyerap getaran tenaga ke dalam tubuh melalui proses pemakanan.

Getaran tenaga akan menjadi keperluan pertama di dalam rumah untuk rawatan kemalangan atau kecelakaan. Penggunaan getaran tenaga tidak semestinya perlu mendapatkan diagnosis daripada pengamal professional kerana ia mempunyai fungsi pelbagai guna yang selamat untuk sesiapa sahaja.

Kesedihan dan kekecewaan yang lama akan merangsang asid di dalam perut dan kita harus menghindari kekecewaan daripada menguasai diri. Jika tidak, ia akan mengundang penyakit lain ke dalam tubuh.

A. Setiap Penyakit Ada Penawarnya

Setiap penyakit itu ada penawarnya dan itulah ketetapan Ilahi. Syaratnya manusia perlu mengkaji ilmu dan memahami ketetapan dan peraturan-Nya maka akan terbukalah rahsia yang perlu diketahui. Percayakah anda bahawa ubat atau penawar telah sedia wujud dalam tubuh anda? Rahsia penawar sesuatu penyakit itu sebenarnya berpunca daripada apa yang anda lihat, dengar, fikirkan dan rasa (perbuatan / amalan). Itulah racun dan itulah juga penawarnya.

Penyelidikan dan kajian telah menggabungkan pakar-pakar sains fizik dan kimia, juga telah melibatkan petu-petua tradisional dan para pengkaji al-Quran dan as-Sunnah. Ianya melibatkan pengaruh dalaman dan kerohanian. Walau apapun pendekatan yang cuba dikaitkan dengan rahsia roh dalam pelbagai rupa bentuk tenaga, ia tetap mengikut hukum tabii alam yang amat teratur, tepat dan tidak ingkar walaupun sesaat. Inilah sebenarnya konsep cahaya atau rahsia warna yang akan mengikut hukum yang telah ditetapkan.

Penyakit juga merupakan salah satu bentuk tenaga yang buruk dan negative. Walau pun ia melibatkan serangan bacteria, virus, fungus (kulat) atau apa sahaja ia tetap merupakan salah satu bentuk tenaga.

Penyelidikan dan kajian menerusi asmaul husna akhirnya membongkar rahsia kebesaran air. Kajian secara perubatan ini telah membongkar banyak rahsia-rahsia ketetapan dan peraturan hukum alam. Ketetapan dan peraturan (syariat) ini berkait rapat dengan unsur-unsur kejadian (hakikat) angina, api, air dan tanah bermula dari cakerawala sehingga ke bawah (bumi) dan kejadian manusia.

Kempat-empat unsure ini dari istilah sains kimia di kenali nitrogen, oksigen, hydrogen dan karbon manakala dari istilah fiziknya pula dikenali sebagai cahaya, haba, kimia dan magnet.


B. Air, Air Sejuk dan Ais

Air merupakan asal kejadian atau penciptaan semua unsure yang hidup di alam ini. Semua benda jika dikaji dari sudut sains adalah terjadi daripada unsure air. Semua benda itu pula amat alah dan akan kembali menjadi air.

Air yang baik dan hidup ialah air yang mengalir. Jika air itu kaku di suatu tempat maka ia akan menjadi busuk dan kotor. Maka disitulah peranan pergerakan (solat) amat penting dalam penjagaan kesihatan. Bagi air yang beku atau ais, ia sebenarnya memiliki struktur yang amat kukuh dan stabil dan inilah sebabnya kenapa mandian ais dan Seri Wajah juga akan memperbaiki struktur atom yang lemah atau longgar serta boleh meningkatkan kandungan oksigen dalam tubuh.

Air, udara dan angina merupakan unsur hidup yang bercas negatif atau electron yang jika ini tiada di dalam tubuh maka manusia yang mempunyai cas posifit atau proton tidak dapat digetarkan atau meneruskan kehidupan. Tubuh manusia memegang kunci kepada rahsia tanah yang sebenarnya unsur mati yang tidak boleh memerlukan unsur air dan angina sebagai tenaga luaran.

Fakta al-Quran mengenai peratusan air dan tanah bumi ini adalah sejajar dengan fakta saintifik. Ini terbukti Islam dalam pandangan Al-Quran menyebut sebanyak 32 kali tentang lautan (air) dan 13 kali tentang daratan (tanah). Jika ini dihitung maka peratusan air juga adalah memenuhi 71.111% ruangan tubuh. Ia itu 32 ditambah dengan 13 persamaan dengan 45. Maka peratusan air adalah 32/45 x 100 iaitu 71.111% dan tanah 13/45 100 bersamaan dengan 28.888%.

Ini membuktikan air menguasai alam dan tubuh. Tubuh kita adalah penyimpan rahsia alam. Maka air adalah amat penting dalam konsep rawatan manakala tanah atau daratan pula amat penting dalam konsep mengenal kejadian atau penciptaan diri kita. Atas tamadun Islam inilah dijadikan titik tolak (panduan) kepada ahli-ahli sains untuk membuat pemerhatian dan kajian agar ilmu tetap membawa amal dan pengajaran yang menguntungkan.



C. Air Mengimbangi Tekanan Rendah

Orang yang kekurangan air adalah terdedah kepada gelombang yang memberi tekanan perasaan dan secara tidak langsung kemampuan otak untuk berfikir atau berfungsi menjadi lambat dan lemah. Dengan bekalan air yang sedemikian, maka air tadi akan mendapat mengesan dan mengimbangi kawasan tekanan rendah yang dipenuhi dengan gas-gas lengai di dalam tubuh yang memberikan tanda-tanda sengal, kebas, bias-bisa dan seumpamanya. Tubuh atau jasad adalah seumpama unsur yang mati jika kekurangan air. Jika ini berlanjutan, maka kita sebenarnya menuju kea rah kemerosotan nilai kehidupan.

Daya hidup yang mementingkan kebersihan belum dapat menentukan medan tenaga di persekitaran tempat tinggal anda turut bersih. Faktor sudut dan perletakan barang, jenis barang hiasan, warna-warna, cahanay dan pengaliran udara juga mempengerahui keadaan medan tenaga tersebut samada menjadi panas dan kering atau sejuk dan basah. Sejuk dan basah akan menceriakan atau mengharmonikan persekitaran tempat tinggal dan dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang ke tahap yang optimum. Bagi mendapatkan gelombang persekitaran sejuk dan basah tersebut, maka airlah yang memegang kunci tersebut.

D. Kemuliaan Air Pada Pandangan Islam

Air juga adalah makhluk atau hamba Allah SWT seperti kita. Allah SWT menciptakan segala sesuatu yang hidup daripada air. Air akan taat kepada perintah manusia yang sentiasa patuh kepada Allah SWT. Contohnya Saidina Umar al-Khattab di zaman pemerintahannya pernah mengarahkan air sungai Nil supaya mengalir semula secara vibration. Ini boleh terjadi kerana ia mempunyai gelombang yang bertindak mengikut niat kita.


E. Air Dan Niat

Air sebenarnya mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri manusia.

Angin dan air adalah unsure hidup kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu juga dengan mahluk-mahluk yang lain.

Rahsia Kaabah yang mempunyai signal yang paling kuat melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) yang juga memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air zam-zam dan batu hitam (hajarul aswad) ditepinya.

Hakikat niat yang dilakukan secara penyerahan adalah isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh. Hembusan dari hidung yang mengeluarkan wap-wap air dengan kandungan karbon dioksida adalah cara memberi mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat.

F. Rahsia Kehebatan Air Sembahyang (Wuduk)

Perawatan menggunakan air adalah sunah nabi. Mengambil air sembahyang atau kerap mandi adalah rahsian insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yang tidak dapat diselebungi oleh sesuatu yang buruk dan merugikan. Air sembahyang atau wuduk sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan jasmani dan rohani. Mengekalkan air sembahyang atau wuduk dapat memelihara semua deria atau pancaindera kita daripada gelombang jarak jauh yang melalaikan. Air wuduk memegang rahsia penyucian diri dan iman. Keimanan inilah yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dan tenang (hening). Kuman atau unsure-unsur tenaga jahat dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhuk dan mandi.


G. Konsep Mandian (Hidroterapi) Sebagai Rawatan

Dalam kehidupan seharian kita terdedah kepada pelbagai bentuk gelombang di sekeliling kita samada yang baik atau sebaliknya. Gelombang tersebut adalah bersifat ghaib atau `visual’ iaitu tidak mampu dilihat oleh mata kasar kita. Kita perlu mencuci kekotoran tubuh supaya tidak dipengaruhi oleh radiasi yang tidak diingini ini wujud disebabkan oleh pendedahan yang berlebihan kepada sinar matahari dan pemakanan yang berlebihan yang gagal dicernakan dengan sempurna bagi pertukaran karbon dalam usus. Ini secara tidak langsung menyebabkan merosotkan kandungan air atau hydrogen yang turut mencemarkan tubuh kita.

H. Air Pembersih Aliran Tenaga Yang Kotor

Campuran dan pencemaran tenaga dengan peralatan elektrik dan elektronik seperti ketuhar letrik, aliran elektrik, gelombang radio, computer, televisyen dan seumpamanya boleh diukur dengan peralatan moden. Ini telah diketahui oleh orang-orang zaman dahulu sebelum penemuan alat-alat pengukur bahawa kesemua kecanggihan tgersebut perlu dikawal.

Pengawalan ini perlu untuk mengharmonikan gelombang yang amat kuat pengaruhnya terhadap keseimbangan dalaman sel-sel tubuh di tahap spiritual, emosi dan mental.

I. Air Dan Keabadian Tenaga

Gelombang atau segala bentuk tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh diputuskan. Bentuk tenaga atau gelombang yang buruk ini memerlukan air sebagai kuasa pemutus yang baik. Walau bagaimanapun gelombang-gelombang ini tetap akan bertemu atau bersambung semula.

Kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan secara konsisten seperti pengambilan air sembahyang atau wuduk sebanyak lima kali sehari.

Kita mempunyai pilihan untuk menentukan tenaga atau daya hidup yang paling selamat dan semulajadi untuk kita guna atau amalkan dalam rawatan atau penjagaan kesihatan kita pada semua tahap spiritual, emosi dan mental.

J. Keberkesanan Wuduk Pada Malam Hari

Air wuduk amat berkesan digunakan apabila pesakit menggunakan di waktu malam dan amat menakjubkan kesannya jika pesakit tidur di tempat yang tidak disinari cahaya.

Rahsia air sejuk (kombinasi air dan ais) dan wuduk sebagai penghantar isyarat getaran dengan kelajuan gelombang yang tinggi menjadi penawar dan mampu menguasai pelbagai bentuk gelombang yang rendah yang telah gagal berinteraksi dengan tujuh sistem cakra yang mengikut susunan warna pelangi di dalam tubuh kita.

K. Mengapa Kita Perlu Mengekalkan Wuduk ?

Kerana cara penggunaannya amat mudah dan ringkas serta keupayaannya bertindak sebagai agen pencegahan, pertahanan dan penyembuhan yang paling sesuai untuk seisi keluarga.

I. Mandian Air Suatu Kehebatan

Mengekalkan wuduk dan mandian ais akan meningkatkan jumlah oksigen di dalam darah dan meneutralkan gas-gas lengai yang mengganggu tahap kecerdasan seseorang. Kuasa air sejuk (air dan ais) serta wuduk bertindak sebagai peneutral yang ideal dan dapat menghantar isyarat gelombang dengan laju ke dalam sistem tubuh.

Air yang mempunyai kuasa semulajadi dapat menentukan kelajuan penghantaran gelombang bergantung kepada keperluan tenaga yang diperlukan oleh tubuh seseorang.

Suatu perkara yang harus diingati iaitu air yang mengalir dan jernih juga mempunyai rahsia kelajuan cahaya yang menyerlahkan lagi sinar cantik pada diri anda. Mandi bagi orang yang demam akan dapat mengimbangi sistem organ atau pergerakan cecair atau limfatik tubuh dan juga darah yang cukup bekalan oksigen.


M. Bulu Roma Sebagai Deria Yang Tercanggih Bagi Mengesan Isyarat Gelombang Dalam Wap-Wap Air

Deria atau antenna yang mempunyai cas-cas neutron bertindak sebagai reseptor penganalisa dan penerimaan getaran gelombang (elektromagnetik) terletak dalam rahsia bulu roma kita yang terdapat di mata, di dalam hidung dan telinga. Manakala gigi sebagai pengesan elektrokimia untuk kekuatan tulang (structural).

Bulu roma adalah pancaindera yang unggul sebagai mata dunia atau mata batin yang menghubung dan mengimbangi antara kita dan kebesaran alam. Adalah sangat efektif untuk pelbagai jenis penyakit jika kita menambahkan sedikit sulfur dan garam kepada air mandian. Ais dapat menyerap electron dari udara sekitarnya dan melepaskan semula ke bahagian luar tubuh kita.


N. Air Sebagai Sumber Tenaga

Manusia memilik 99 peratus tenaga atom dan tubuh manusia boleh menyimpan tenaga serta boleh bertindak sebagai reactor nuclear yang hebat.

Mandian ais yang telah dititiskan beberapa titik Seri Wajah dapat meningkatkan tenaga yang rendah pada tubuh dan melepaskan tenaga tersekat serta mengubah pola atau medan elektrik atau sinar X dan radioaktif yang mencemarkan diri serta mengganggu sistem tubuh dengan mempercepatkan atau melambatkan frekuensi tenaga setiap sel-sel yang tertentu. Warna dari cahaya yang terperangkap di dalam memori ais amat kuat mempengaruhi keseimbangan sel-sel tertentu dalam sistem tubuh kita.

Manakala yang kerap dan konsisten selama tujuh hari akan mengubah spiritual, emosi dan mental ke tahap yang lebih menceriakan. Secara perlahan-lahan anda akan mengalami perubahan fizikal sehingga ke tahap yang lebih bertenaga, mengurangkan tanda-tanda kesakitan seperti kebas, kejang, ngilu dan akhirnya anda akan pulih daripada gangguan kesihatan yang mengelirukan.

Mandian air yang ditambah dengan ais dapat memutuskan gelombang radiasi luaran yang mana jiga selagai tidak diputuskan ianya akan menjadi tarikan kepada kebocoran radiasi dari dalam tubuh. Bahagian perut dan usus dikenal pasti menjadi sumber radiasi tersebut dengan kemunculan asid sebagai kuasa tarikan kerana ia mewujudkan kawasan tekanan paling rendah.

O. Air Dan Asmaul Husna Menghilangkan Sesuatu Yang Buruk

Alami perasan awet muda dengan pengambilan jumlah air yang mencukupi dan tingkatkan tahap immunisasi tubuh untuk menentang segala jenis alahan.

Pengekalan air wuduk dan bacaan asmaul husna akan menghilangkan sesuatu yang buruk di persekitaran tubuh dan menjadi benteng atau perisai halus agar tubuh tidak ditembusi oleh gelombang-gelombang yang merugikan. Sebenarnya dari kajian dikenalpasti bahawa 75% penyakit bermula daripada gangguan kerohanian.

Pengamalan asmaul husna dapat memperbaiki diri dan kualiti kehidupan yang mengalami kemerosotan nilai seperti (sedih, kecewa, putus asa, keliru, patah hati, terperanjat, melatah, gelisah, murung, bingung, tertekan dan sebagainya.)



__________________________


Tarikh 20/03/2015


Ibadah haji

Oleh: Siti Suraya Bt Zakaria

MAKSUD HAJI
Menurut Arab, haji (hajj) beerti membuat keputusan untuk mengunjungi tempat suci. Mereka mempercayai banyak dalam segala penjuru membuat keputusan untuk mengunjungi Ka’bah maka pekerjaan itu dinamakan haji.

SEJARAH HAJI
Komposisi para penyair

Semasa zaman Nabi Ibrahim dahulu, berlaku peristiwa dimana orang-orang Arab menyalahgunakan Haji. Penyelewengan berlaku disebabkan oleh kebodohan masyarakat itu sendiri. Kebodohan itu dapat dilihat dari kenyataan bahawa upacara itu diubah menjadi suatu pecan raya yang diadakan setiap tahun. Suku-suku yang besar dengan kelompok-kelompoknya dating ke Makkah dan berkhemah secara terpisah-pisah. Para penyair dan badut-badut dari setiap suku berlumba-lumba mengarang puji-pujian terhadap keberanian, kemasyhuran, kemuliaan, kekuatan dan kemurahan hati orang sesama sukunya dan saling menyaingi dalam membicarakan hingga akhirnya menjurus kepada saling sindir-menyindir.

Thawaf dengan terlanjang

Thawaf dilakukan tapi secara yang tidak senonoh. Lelaki dan perempuan beramai-ramai bertelanjang mengelilingi Ka’bah dengan mengucapkan kata-kata : “ Kami dating kepada Allah dalam keadaan seperti ketika kami dilahirkan.” Ibadat juga dikerjakan dalam mushalla Ibrahim. Mereka bertepuk-tepuk tangan dan bersiul dan meniup trompet. Nama Allah juga disebut, tapi mereka mengatakan : “ Ya Allah, inilah kami datang. Tiada ada sekutu bagi-Mu. Engkau adalah pemiliknya dan pemilik dari apa yang dimilikinya.

Konsep berkorban
Mereka juga memprsembahkan pengorbanan atas nama Allah, tapi dengan cara darah binatang yang disembelih disiramkan ke dinding Ka’bah dan dagingnya dilemparkan di depan pintunya dengan beranggapan bahawa “ Na’udzu billah min dzalik” Allah mengkehendaki daging tersebut.

Penodaan bulan suci

Nabi Ibrahim telah menyatakan empat bulan haji sebagai bulan-bulan suci dan membuat peraturan bahawa dalam bulan-bulan tersebut tidak boleh dilakukan perang dan tindakan kekerasan Orang-orang itu sekarang menghormati peraturan ini sampai sejauh tertentu Tetapi bila mereka ingin mengadakan peperangan, maka mereka “ menghutang” bulan suci ini untuk mereka pakai berperang dan memberikan gantinya pada tahun berikutnya.

Pembatasan terhadap diri sendiri

Akibat kebodohan orang-orang berniat aik dalam menjalankan agama melakukan cara-cara yang aneh.Sebahagian dari mereka berangkat untuk haji tanpa membawa bekal dan mengemis sepanjang jalan. Mereka menganggap perbuatan sebagai tindakan kesalahan. Mereka menyatakan diri sebagai “Mutawakkilun” merupakan oraang-orang yang mempercayakan diri sepenuhnya kepada Allah, yang berniat pergi ke rumah Allah, dan kerananya tidak memerlukan pembekalan materi. Melakukan perdagangan dan mencari penghidupan selama dalam perjalanan haji pada umumnya dianggap terlarang. Ramai orang tidak makan dan minum selama haji dan menganggap perbuatan haji itu sebagai “ ibadat” . Sesetengah orang, begitu berangkat haji, berhenti berbicara dan semaca ini dinamakan haji musmit, iaitu haji membisu.

Kebangkitan kembali sunnah Islam

Pembaharuan haji maka semua adat istiadat zaman jahiliyah yang telah menguasai masyarakat selama 2 ribu tahun sama sekali tidak terhapus.

Larangan terhadap perbuatan-perbuatan tidak senonoh.
Segala perbuatan tidak senonoh dilarang keras. “ Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerakan haji, maka tidak boleh nafats mengeluarkan perkataan yang menimbulakan berahi yang tidak senonoh atau bersetubuh. Berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji.”

Dilarang Thawaf dengan terlanjang

Thawaf dengan terlanjang dilarang keras. Allah berfirman: “ Katakanlah siapa yang telah mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk haba-hambanya..” ( Al- Quran, Al- A’raf, 7:32)

“ Katakanlah: sesungguhnya Allah tidak memerintahkan mereka mengerjakan haji dengan melakukan perbutan keji” ( Al- Quran, Al- A’raf, 7:28)

Dilarang mengalihkan bulan-bulan haji
Dilarang menukar bulan hajidengan kebiasaan yakni menukar dengan bulan haram menjadi bulan halal untuk tujuan peperangan. “Sesungguhnya mereka yang mengundurkan bulan haram itu adalah menambah kekafiran , disesatkan orang-orang yang kafir dengan mengundur-undurkan itu, mereka menghalalkannya pada tahun yang lain, agar menyesuaikan dengan ilangan yang Allah mengharamkannya maka mereka menghalalkannya apa yang diharamkan Allah.” ( Al- Quran, at-Taubah, 9:37)

Perintah membawa bekal

Dilarang berangkat haji tanpa membawa bekal. “ Berbekallah, dan sesunguhnya sebaik-sebaik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah-ku wahai orang-orang yang berakal.” ( Al-Quran, al- Baqarah,2:197)

Berakhirnya Adat kebiasaan Jahiliyyah

Cara haji bisu, haji lapar dan haji haus juga diakhiri. Setelah dihapuskan semua adat kebiasaan jahiliyyah tersebut, haji dijadikan suatu moel kesalehan, ketaqwaan, kesucian, keserdehanaan dan kekusyukkan. Para haji diperintahkan ketika berangkat dari rumah mereka harus menyucikan diri dari semua kotoran, menghapuskan nafsu seks, menagguhkan hubungan badan yang kotor serta tindakan-tindaan yang tidak sopan dan tidak senonoh.

Penetapan Miqat

Pada semua jalan yang menuju Ka’bah pada jarakn beberapa mil jauhnya dipasang tanda-tanda yang menunjukkan bahawa sebelum melanjutkan perjalanan melewati batas-batas tersebut semua haji mengenakan pakaian ihram, pakaian seragam agar orang kaya dan orang miskin sama darjatnya dan pebezaaan-perbezaan kebangsaan terhapuskan dan semua orang nampak sama disisi Allah sebagai pemohon-pemohon yang rendah hati.

Perintah untuk memelihara suasana damai

Dalam berpakaian ihram, diharamkan memebunuh binatang apapun, apalagi memebunuh manusia. Tujuannya adalah untuk menciptakan suasana perdamaian dan menspiritualisasikan fikiran para haji. Keempat bulan-bulan suci hingga tidak ada peperangan dalam masa tersebut. Kedamaian menguiasai semua jalan menuju Ka’bah, dan tidak ada seorang haji pun dirompak di jalan. Apabila para haji sampai ke Ka’bah dengan cara demikian maka tidak ada berpesta-pesta, hiburan-hiburan,atau permainan, foya-foya ataupun keramaian yang akan mereka jumpai. Di setiap langkah hanya ada ingatan kepada Allah. Di sana hanya ada solat dan doa-doa, ibadat-ibadat, penyembelihan korban dan thawaf mengelilingi Ka’bah.

Pentingnya haji sebagai ibadat wajib

Allah memerintahkan akepada Rasullah dan khalifah Umar dapat menilai bahawa kewajipan haji ini bukanlah kewaipan yang boleh dilaksanakan atau tidak laksanakan menurut kemahuan sendiri sahaja tetapi adalah suatu kewajipan yang wajib dilaksankan minima sekali seumur hidup bagi orang-orang muslim yang mampu menyediakan pembiyaan balik-pulang ke Ka’bah dan sihat tubuh badan. Tidak kira dimana ia tinggal, dan apapun tanggungjawabnya dalam memelihara keluarganya usaha penghidupan dan terhadap tugasan jabatannya. Mereka yang menghindari haji dan menundanya dari tahun ke tahun dengan alas an seribu satu macam kesibukan mesti memikirkan iman mereka , masihkah mereka betul-betul beriman atau tidak? Adapun mereka yang tidak pernah memikirkan walau sekalipun dalam hidupnya bahawa ada kewajipan haji dan tenang-tenang sahaja berpergian ke seluruh pelusuk dunia, dan melewati pantai Hijaz yang hanya berjarak beberapa jam sahaja dari Makkah dalam perjalanan mereka yang berulang-ulang ke Eropah yang mereka cintai itu, maka mereka sebenarnya bukanlah orang-orang Islam. Dustalah apabila mereka menyebut dirinya muslim.Mereka yang mengatakan bahawa orang-orang seperti itu adalah orang-orang islam, sebenarnya tidakl tahu apa-apa tentang Al-Quran. Orang-orang yang tidak mahu memikirkan islam. Walau bagaimanapun , mereka adalah orang-orang yang hatinya kosong dari rasa kepatuhan kepada Allah dan iman kepada perintah-perintahnya.

Kelebihan mengerjakan haji

Di dalam Al-Quran suci dimana Allah Yang Maha Kuasa memerintahkan Ibrahim untuk menyerukan kepada manusia agar mengerjakan haji, alas an pertama yang mendasari perintah Allah tersebut adalah:
“ Supaya mereka mnjadai saksi berbagai manfaat bagi mereka…”( Al-Quran, Al-Hajj, 22:28)Maksudnya agar mereka berkumpul di sana dan menyaksikan dengan mata kepala sendiri bahawa haji itu dimaksudkan untuk kebaikan mereka sendiri dan manfaatnya hanya boleh dilihat dan dirasakan oleh orang yang mengerjakannya. Diriwayatkan bahawa Imam Abu Hanifah, sebelum beliau mengerjakan haji, merasa ragu-ragu tentang ibadat mana di antara ibadat-ibadat islam yang paling tinggi nilainya. Tetapi ketika dalam mengerjakan haji beliau menyaksikan berbagai manfaat yang terkandung di dalamnya, maka dengn tidak ragu-ragu lagi beliau menyatakan bahawa hajilah ibadat yang paling tinggi nilainya.

Sifat perjalanan Haji

Manusia di dunia pada umumnya mengenal dua macam perjalanan. Yang pertama adalah perjalanan yang dilakukuan untuk mencari penghidupan atau perjalanan perniagaan.Yang kedua adalah perjalanan yang dilakukan untuk bersenang-senang dan melihat-lihat. Kedua macam perjalanan ini, dorongan menggerakkan adalah kebolehan dan keinginan hati. Seseorang meniggalkan rumah dengan tujuan peribadinya sendiri, menghabiskan wang dan waktu demi tuntutannya sendiri. Tiada ada masalah pengorbanan dalam kedua macam perjalanan itu. Tetapi kedudukan perjalanan khusus yang dinamakan haji adalah sangat berbeza dari perjalanan lain. Perjalanan ini tidaklah ditujukan untuk mencapai tujuan peribadi atau keinginan diri sendiri. Perjalanan haji ditujukan semata-mata untuk Allah, dan untuk memenuhi kewajipan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Tiada seorang pun yang bersedia untuk melakukan perjalanan ini sebelum, setidak-tidaknya, ia mempunyai rasa cinta dan rasa takut kepada Allah serta merasakan bahawa ia benar-benar wajib melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah itu. Justeru itu barang siapa yang berangkat haji, berpisah dengan keluarga dan sanak saudara untuk waktu yang lama, membiarkan urusan kehidupannya terbengkalai sementara, membelanjakan wang dengan menagggung berat susah perjalanan maka dengan tindakannya itu membuktikan bahawa ia memiliki rasa cinta kepada Allah serta rasa bertanggungjawab untuk menjalankan perintah Allah.

Kecenderungan kepaa kebajikan dan kesolehan

Apabila seseorang calon haji telah siap untuk melakukan perjalanan dengan niat yang suci seperti ini, maka sikap mentalnya berubah warna. Hatinya yang menyala dengan cinta kepada Tuhan dan berdenyut dengan kerinduan untuk mengunjungi rumah Allah, akan mulai terisi dengan fikiran- fikiran yang Soleh sahaja. Ia akan bertaubat atas dosa-dosanya yang telah lalu, meminta maaf kepada orang-orang yang mungkin telah disalahinya, akan mencuba untuk melunaskan seluruh kewajipan yang tertinggal agar ia boleh pergi kehadrat Allah tanpa membawa hutang kewajipan terhadap sesamanya akan menjauhi segala kesalahan dan kejahatan dan kecenderungan kepada kecintaan akan kebajikan. Kemudian di saat ia melangkah untuki memulai perjalannya maka semakin dekat ia kepada rumah Allah, semakin besar pula kesenangannya untuk berbuat kebaikan. Ia akan berlaku hati-hati agar jangan sampai menyakiti dan merugikan orang lain, dan akan m encuba memberikan bantuan dan pertolongan apa pun yang boleh diberikannya kepada kepada orang lain . Hatinya sendiri akan menolak segala macam penyelewengan, ketidaksenonohan, ketidakjujuran, pertengkaran kerana ia sedang berjalan di jalan Allah. Bagaimana mungkin seseorang yang sedang berpergian menuju Tanah Suci mengerjakan keburukan-keburukan? Bagaimana ia boleh berlaku?
Begitulah dengan demikian seluruh perjalannya itu akan merupakan ibadat sepenuhnya. Berbeza denagn perjalanan-perjalan lain, maka dalam perjalan haji ini tidak akan pernah terlintas dalam fikiran perlakuannya untuk melakukan perkara-perkara yang rugi. Perjalanan yang sepanjang jalannya akan terus-menerus membersihkan hati dan jiwa orang yang melakukannya. Perjalan ini adalah laksana suatu proses penyegaran dan pembersihan kembali iman, yang pasti ditempuh oleh setiap orang Islam yang pergi haji.

Ihram dan Kondisi yang ditimbulnya
Ihram ialah pakaian seperti pakaian peminta yang terdiri tidak boleh dari selembar kain dan sepasang sepatu. Pakaian ini mengandungi erti bahawa apa pun juga kedudukan di masyarakat anda harus mengenakan tampang pertapa, kerana anda mahu pergi menghadap Allah. Jadilah pengemis dan pertapa pada lahirnya dan cubalah jadi pada batinnya juga. Lepaskanlah pakaian biasa anda yang beraneka warna dan gaya. Kenakanlah pakaian pertapa yang bertutup, sederhana, tanpa kaus kaki. Kepala tidak bertutup, jangan pakai hiasan apa pun dan juga rambut yang berwarna. Hentikanlah hubungan seks dan segala macam tingkah laku dan percakapan yang boleh mengingatkan dan membangkitkan keinginan kea rah itu. Dilarang memburu atau menunjukkan pemburu ke arah di mana binatang buruan.

Talbiyah

Segera setelah meninggalkan Ihram maka para jemaah haji bersama-sama menyerukan Talbiyah setiap habis Solat, setiap menaiki atau menuruni tanjakan dan tanah yang tinggi, setiap kali bertemu dengan rombongan lain dan setiap pagi ketika bangun tidur dengan kata-kata sebagai berikut:
“ Aku datang Ya Allah! Aku datang, aku datang. Sungguh segala puji hanyalah untuk Mu.. Aku datang. Sungguh rahmat adalah milik-Mu, dan semua kedaulatan adalah hak Mu..Tidak seorang pun yang jadi sekutu bagi Mu….”
Setiap haji yang datang ke Tanah Suci hingga sekarang tetap menyerukan Talbiyah tersebut di atas. Dengan cara ini, dengan setiap seruan Labbaika, hubungan seluruh jemaah haji tersebut menjadi semakin dekat dengan gerakan kepada penyembahan Allah yang sebernanya yang telah dilakukan semenjak masa Ibrahim dan Ismail. Jarak perjalanan sepanjang 4 ribu tahun terhapus begitu sahaj. Terasa seolah-olah Ibrahim memanggil Ka’bah atas nama Allah dan seluruh jemaah datang memenuhi panggilannya. Mereka terus menjawab sambil datang semakin dekat, dan keinginan untuk segera sampai ke rumah Allah semakin meningkat.

Thawaf Al-Ziarah

Akhirnya sampai jemaah di Makkah dan segera menuju ke tempat suci ke mana mereka telah panggil. Mereka mencium pintu gerbang rumah Allah, kemudian berjalan beberapa kali mengelilingi titik pusat dari Imam dan Din mereka, dengan mencium batu hitam pada setiap kali satu putaran. Setelah itu mereka solat dua rakaat pada maqam Ibrahim. Kemudian mereka pergi menaiki Bukit Shafa dan melihat Ka’bah dari atas sana mereka berseru:
Tiada ada Tuhan selain Allah. Kita tidak menghamba kepada orang lain, ‘ ibadat kita hanyalah untuk Allah, meskipun kaum Kafirin membenci-Nya.’

Sa’i ( antara Shafa dan Marwah)

Kemudaian jemaah berlari-lari antara Shafa dan Al-Marwah. Pebuatan ini dinamakan adalah laksana demonstrasi iman, bahawa dengan semangat yang sama jemaah akan selalu berusaha untuk melayani kunjungan mereka dan mencari keredhaannya.

Wuquf

Setelah itu jemaah haji menjadi balatentera Allah. Mereka sekarang harus hidup dalam khemah selama 5@6 hari. Mereka berkhemah di Mina selama sehari dan pada hari selanjutnya di Arafah, di mana taklimat yang diberikan berisi petunjuk-petunjuk didengarkan. Sedang di Muzdalifah, berkhemah dilakukan pada malam hari.

Rami Jimar

Pada waktu fajar, jemaah haji bergerak ke Mina dan melontarkan batu-batu ke arah tiang tempat batas sampainya tentera Ashab al-Fil(tentera bergajah) yang datang untuk merosak Ka’bah, sambil melontarkan batu-batu persatu para jemaah mengucapkan selamat tinggal.



__________________________


Tarikh 20/03/2015


Thursday, April 9, 2009

Pengertian Hadis Sebagai Sumber Kedua -

Oleh: Nur Izni Bt Ismail

Pengertian Hadis Sebagai Sumber Kedua

PENGERTIAN ISLAM
Islam adalah satu-satunya agama yang diakui oleh Allah SWT dan yang telah diredhaiNya bagi hamba-hambanya. Menganuti islam adalah wajib hukumnya bagi seluruh umat manusia. Allah telah memerintah supaya memilihnya sahaja, bukan selainnya. Yakni agama kristian, Buddha, Yahudi, dan lain-lain. Semua agama-agama tersebut tidak diakui sebagai agama di sisi Tuhan Rabbul-Jalil di samping Allah.
Erti Islam dalam bahasa Arab adalah taat dan setia serta ikut perintah. Manakala dalam istilah syarak pula ialah menjunjung tinggi dan mengikut segala yang disuruh oleh pesuruh Allah, Rasulullah s.a.w.serta mempercayaiapa yang diajarkannya itu adalahbenar dan datangnya dari Allah SWT.
Islam mengandungi 5 rukun iaitu :
Mengucap 2 kalimah syahadat, yang sebutannya dlam bahasa melayu iaitu, Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan, melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah SWT
Mendirikan solat
Mengeluarkan zakat
Berpuasa di bulan Ramadan
Menunaikan haji ke Baitullah

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
Sebutan dua kalimah syahadat adalah wajib ke atas tiap-tiap orang yang memeluk islam. Bahkan mestilah diucapkan setiap kali kita bersembahyang sama ada fardhu ataupun sunat, iaitu di waktu bertasyahhud. Kedua-dua penyaksian itu mestilah diucap bersama-sama. Bererti seseorang itu tidak mungkin menjadi seorang muslim, sekiranya dia mengucap hanya satu penyaksian sahaja misalnya dia menyaksi tiada Tuhan melainkan Allah SWT sahaja.

MENDIRIKAN SOLAT
Erti solat adalah mendoakan bagi seseorang dengan yang baik-baik. Dalam istilah syarak bererti pertuturan yakni membaca bacaan-bacaan yang ditetapkan oleh syariat islam, dan perbuatan atau gerak badan denagn cara-cara yang tertentu. Dimulakan dengan takbiratul-ihram iaitu Allahu Akhbar dan diakhiri dengan salam iaitu mengucapkan Assalamualaikum wa rahmatullah.
Solat yang wajib pada setiap orang muslim menyempurnakannya setiap hari pada waktu siang dan malam adalah 5 solat :
Subuh : 2 rakaat
Zohor : 4 rakaat
Asar : 4 rakaat
Maghrib : 3 rakaat
Isyak : 4 rakaat
Kesemuanya berjumlah 17 rakaat yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim-muslimah. Lelaki atau perempuan tanpa uzur syar’i pada sehari semalam. Ditambah pula solat Jumaat, iaitu 2 rakaat yang mengantikan solat zohor. Dilakukan setiap hari Jumaat seminggu sekali. Bagi sesiapa yang menunaikan solat ini maka ia tidak perlu menunaikan solat zohor pada hari tersebut.
Mudah-mudahan kita semua dapat menunaikan solat-solat tersebut dengan sempurna dan waktu yang baik-baik supaya dirahmati oleh Allah SWT dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. AMIN

MENGELUARKAN ZAKAT
Hadis ini menyarankan kepada kita supaya mengeluarkan zakat iaitu untuk membersihkan diri kita daripada sifat-sifat kikir dan terlampau cinta kepada wang dan harta kekayaan atau mementingkan diri sendiri dan mengajar kita supaya bersifat timbang rasa terhadap orang-orang yang berhajat atau yang terlantar dan sebagainya. Hal ini supaya kita menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka. Ia juga sebagai didikan kita supaya tidak terlalu megah diri atau sombong disebabkan kekayaan kita dan menjauhkan diri kita dari sifat kedekut dan bakhil atas diri sendiri. Keran sifat-sifat tersebut dibenci dan dikeji oleh masyarakat sekeliling. Islam mewajibkan zakat ke atas kaum muslimin itu keranaia merupakan suatu rahmat Tuhan yang sangat besar faedahnya bagi yang miskin atau yang kaya. Oleh itu marilah kita bersama-sama mengucap terima kasih kepada Allah SWT yang telah mewajibkan ke atas kita supaya mengeluarkan zakat. Hal ini suapaya kita terhindar daripada mendapat penyakit yang merbahaya.
PENGERTIAN ZAKAT
Zakat dari segi bahasa adalah membersihkan diri dari kekotoran dan sifat-sifat yang terkeji. Dari segi syarak pula mengeluarkan zakat bagi harta yang tertentu diambil dari harta yang tertentu untuk dibagi-bagikan kepada orang-orang tertentu.
Zakat mula disyariatkan pada tahun kedua hijrah dan hukumnya wajib ditunaikan. Zakat terbahagi kepada 2 iaitu :
Zakat harta
zakat yang dikenakan ke atas binatang iaitu unta, lembu, kerbau, dan kambing.
Dikenakan juga ke atas biji-bijian iaitu beras, gamdum, jagung, biji-bijian utama yang menjadi makanan utama manusia.
Buah-buahan iaitu kurma dan anggur.
Logam iaitu emas, perak, harta galian, dan harta terpendam.
Harta perniagaan.

Zakat fitrah
Zakat makanan yang wajib dikeluarkan oleh setiap umat muslim yang mempunyai lebihan makanan bagi dirinya dan tanggungannya untuk waktu siang dan malam hari raya.
Kebanyakannya segantang Baghdad yang dianggar 3 kati 12 tahil.
Kedua-dua zakat wajib dikeluarkan apabila telah sempurna syarat-syaratnya dan cukup nisabnya.
Zakat adalah rukun islam yang kedua wajib ke atas diri seorang muslim.
BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Syariat islam telah memberikan kepada kita suatu cara lain untuk membersihkan apa yang dikatakan karat dan kotor dalam perut kita. Kita diperintahkan supaya berpuasa sebulan Ramadhan dalam setahun iaitu kita makan sepuas-puasnya selama 11 bulan dan hanya sebulan sahaja kita disekat untuk makan iaitu di waktu siang sahaja pada waktu malam kita boleh makan semula.
PENGERTIAN PUASA
Puasa ialah menahan diri dari makan, minum, dan segala perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari pada hari-hari yang dibolehkan berpuasa. Ia disyariatkan pada bulan Syaaban tahun 2 Hijrah. Puasa diwajibkan ke atas umat musliman setahun sekali pada bulan Ramadhan sahaja. Orang yang berpuasa itu mestilah beragama islam, baligh, alik, berdaya mengerjakan puasa yakni tidak sakit dan menetap yakni musafir.

MENUNAIKAN HAJI KE BAITULLAH AL-HARAM
Haji ke Baitullah Al-Haram yang menjadi salah satu dari rukun Islam yang ke 5. Terdapat beberapa syarat orang yang wajib ke haji iaitu :
Islam bukan islam tidak wajib naik haji
Baligh atau cukup umur, anak-anak kecil tidak wajib pergi haji
Akil atau sempurna akalnya. Orang gila tidak wajib
Merdeka. Hamba sahaja tidak wajib
Berkuasa, yakni sihat tubuh badan dan tidak sakit
Ada bekalan untuk dirinya dalam perjalanan dan bekalan untuk orang-orang yang ditinggalkannya dari para tnggunggannya
Ada kenderaan kalau terlalu jauh dan tidak boleh berjalan kaki
Aman dalam perjalanan. Tidak ada perompak di perjalanan atau penganaiyaan yang zalim atau dalam keadaan perang
Tidak suntuk masanya
PENGERTIAN IMAN
Erti iman dlam bahasa arab ialah membenarkan sesuatu lalu mempercayainya. Dalam istilah syarak pula mengaku dengan lidah dan membenarkan dengan hati bahawasanya agama yang dibawa oleh Rasullallah s.a.w itu adalah hak dan benar, tiada syak dan ragu lagi. Terdapat 6 Rukun Iman iaitu :
Beriman kepada Allah
Beriman kepada para Malaikat
Beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan
Beriman kepada Rasul
Beriman kepada Hari Kiamat
Beriman kepada Qada’ dan Qadar
Beriman kepada rukun-rukun iman adalah wajib hukumnya atas setiap muslim-muslimah

Beriman Kepada Allah
Hendaklah anda mengaku dengan lidah dan membenarkan did lam hati bahawa sesungguhnya Allah itu Esa.
Esa pada zatNya, Esa pada sifatNya dan Esa pada perbuatanNya, tiada disekutuiNya sesiapa pun dalam ketuhananNya.
Dialah yang menjadikan ala mini dengan segala isinya daripada malaikat, jin, manusia, matahari, dan bulan, bintang, bumi dan planet, binatang, tunbuh-tunbuhan, pohon-pohon dan lain-lain.
Beriman Kepada para Malaikat
Hendaklah anda mempercayai dan mengimani dengan Malaikat-malaikat yang dicipta oleh Allah menjadi sebahagian dari makhluk-makhluk Allah di dalam alam ini.
Adapun bentuk malaikat itu dijadikan Allah dari cahaya yang bersih dari kekotoran jasmani kemudian diberikan kepadanya kuasa untuk berupa-rupa.
Mereka adalah hamba-hamba Allah yang dihormati kerana kesucian jiwanya daripada melakukan dosa.
Terdapat beberapa nama-nama beserta tugas-tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada Malaikat yang wajib kita kenali iaitu :
- Jibril @ Jibrail – pembawa wahyu kepada para Rasul
- Mikail – pembagi rezeki kepada makhluk-makhluknya
- Israfil – peniup sangkakala pada Hari Kiamat
- Izrail – penyabut nyawa dari makhluk-makhluknya
- Munkar dan Nakir – kedua-duanya adalah penyoal orang-orang mati di dalam kubur
- Ridhwan – penjaga syurga
- Malik – penjaga neraka
- Raqib – pencatit amalan yang baik
- Atid – pencatit amalan yang jahat

Beriman Kepada Kitab-kitabnya
Hendaklah anda mempercayai dan mengimani dengan kitab-kitab yang mengandungi Kalamullah yang azali yang kadim pada zatnya yang terpelihara dari segala huruf dan suara.
Kitab-kitab itu mengandungi berbagai-bagai hukum yang menyerupai suruhan-suruhan atau tegahan-tegahan, cerita-cerita para Nabi dan Rasul sebelumnya dan lain-lain.
Imam Az-Zamakhsyari berkata: Jumlah kitab-kitab yang diturunkan Allah ke atas para Nabi kesemuanya 104 kitab.10 kitab darinya diturunkan ke atas Nabi Adam, 50 ke atas Nabi Syis, 30 ke atas Nabi Idris, 10 ke atas Nabi Ibrahim, semuanya berjumlah 100 kitab. Yang 4 lagi, iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Kemukjizatan Al-Quran
Diantara kitab-kitab yang diturunkan dari langit, hanya Al-Quran sajalah yang masih kekal keasliannya. Berbanding dengan lain-lain terutama sekali yang masih terdapat pada zaman ini seperti Injil dan Taurat. Kedua-dua kitab initelah banyak berubah dari asalnya hingga terdapat unsur-unsur kontroversi di dalamnya.
Allah SWT telah megaku sendiri bahawa kitab Al-Quran telah terpelihara dari asalnya.
Al-Quran diturunkan dengan wahyu dari Allah yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw.
Ia diturunkan dari masa ke semasa selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.
Ayat-ayat Al-Quran yang turun di Makkah dinamakan Makkiyah manakala ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan di Madinah dinamakan Madaniyah.
Antara mukjizat yang terdapat dalam Al-Quran adalah susunan ayatnya tidak mungkin ditiru atau dicipta kerana ketika Al-Quran diturunkan orang-orang Arab sedang dalam kemuncak kefasihan dalam pertuturan dan bahasa.
Pada zaman itu juga sasterawan sasterawani Arab sedang berkembang pesat namun mereka tidak mampu mencipta Al-Quran.

Kandungan Al-Quran
Mengandungi hukum-hukum ibadat sepperti solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain.
Mengandungi pimpinan @ undang-undang yang kegunaannya meliputi kepentingan semua umat manusia dan sesuai untuk dipraktikkan di semua tempat, masa, dan keadaan seperti pertuturan berjual beli, pertuturan perkahwinan, berbudi pekerti yang tinggi, cara pergaulan, bersatu padu, menepati janji dan sebagainya.
Mengandungi ilmu pengetahuan seperti ilmu tulis baca, ilmu hisab, ilmu bumi dan falak, ilmu alam, ilmu kesihatan, ilmu kajihayat dan lain-lain.
Mengandungi contoh-contoh teladan daripada kisah-kisah para Nabi.
BERIMAN KEPADA PARA RASUL
Hendaklah anda mempercayai dan mengimani denga Rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah swt kepada kalian untuk memimpin kita ke jalan yang benar dan di redhoi oleh Allah agar terpelihara hidup di dunia ataupun di akhirat kelak. Kebenaran perutusan para Rasul terbukti atas kewujudan beberapa mukjizat. Antaranya menurut kehendak dan keperluan kaum masing-masing. Erti mukjizat adalah perkara-perkara yang luar biasa yang berbeza dengan adat, dibekalkan oleh Allah kepada para RasulNya sebagai bukti kebenaran perutusannya
Perbezaan antara Para Nabi dan Rasul.
Nabi adalah seorang yang dipilih oleh Allah SWT dengan diturunkan ke atasnya wahyu. Bilangan para Nabi amat banyak sekali sehingga tidak terhitung jumlahnya melainkan Allah sendiri.
Rasul pula adalah seorang yang dipilih oleh Allah SWT dengan diturunkan wahyu dan pengajaran ke atasnya yang diperintahkan untuk disampaikan kepada semua manusia di muka bumi ini. Bilangan para Rasul juga tidak diketahui secara tepat tetapi kita diminta mempercayai dan mengimani kepada 25 para Rasul yang terdapat dalam Al-Quran iaitu :
Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Ya’kub, Yusuf, Ayub, Ilyas, Ilyasa’, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Musa, Sulaiman, Syu’ib, Daud, Harun, Zulkifli, Muhammad.


BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
Hari ketika dunia dan segala cakerawala ini dihancurkan dan dimusnahkan oleh Allah SWT sehingga semua makhlukNya dihimpunkan di Padang Masyar untuk menerima pengadilan dari Allah yang Maha Agung lagi Bijaksana. Hari Kemudian bermula dari masa kematian seseorang hinggalah hari Kiamat yang antaranya berlaku soal dua Malaikat, kebahagian di dalam kubur @ kesengsaraan, Hari kebangkitan, Hari Pembalasan, Hari Pengadilan, dan akhir sekali meniti Shitae yang akan tentukan ke neraka @ ke syurga.
Hari Kiamat tidak boleh diragui lagi kerana ia pasti berlaku dimana apabila semua makhlukNya sama ada yang hidup atau yang telah tiada dibangkitkan semula untuk menerima pengadilan dari Allah SWT.
Tanda-Tanda Hari Kiamat
Kelahiran Mahdi atau lebih dikenali dengan ‘ Imam Mahdi ‘ iaitu seorang lelaki dari keturunan Rasullah saw yang akan mengembalikan keadilan ke atas muka bumi ini setelah ianya dipenuhi dengan penganiyaan dan kezaliman sebelum ini.
Kedatangan Dajjal iaitu seorang yang mengaku dirinya tuhan yang dapat mencipta berbagai-bagai perkara yang ajaib dan luar biasa.
Kemunculan semula Nabi Isa ke dunia sebagai seorang yang menganut Agama Islam iaitu agama yang dianuti oleh kaum muslimin pada hari itu.
Kelahiran suatu kaum yang dinamakan Ya’juj dan Ma’juj yang akan membanjiri dunia ini dengan kerosakan dan kezaliman semula.
Keluarlah Dabbah iaitu seekor binatang dari perut bumi yang boleh bercakap seperti manusia.
Terbitnya matahari dari barat.

BERIMAN KEPADA QADA ‘ DAN QADAR
Beriman kepada apa yang telah ditakdirkan kepada kita oleh Allah swt sama ada yang baik atau yang buruk. Yang baik untuk orang yang taat dan patuh kepada arahan Allah swt manakala yang buruk kepada orang yang selalu ingkar akan suruhan Allah swt.
Sebagai seorang manusia kita perlu tahu bahawa segala yang berlaku ke atas diri kita telah pun ditentukan oleh Allah swt. Kita tiada kuasa untuk menentang takdir yang telah ditentukan olehNya. Kita perlu bersyukur dengan apa yang ada dan menerimanya dengan hati yang gembira. Kita tidak boleh menyalahkan Allah atas apa yang berlaku, kita perlu terima takdir yang telah ditetapkan kepada kita dengan seadanya.

KESIMPULAN DARIPADA HADIS INI
Hadis ini mengandungi perkara-perkara asas kepada seorang mukmin. Sentiasa menjadikan amalan dan pengajaran yang terdapat dalam hadis ini sebagai panduan hidup kita.
Mudah-mudahan Allah akan memberikan kepada kita taufiq dan hidayahNya agar kita dapat berpegang teguh dengan ajaran-ajaran yang tersimpul dalam Hadis yang mulia ini sekaligus supaya kita kekal beragama islam dan memelihara keimanan kita agar kembali kepadaNya sebagai seorang muslim mu’min yang sejati.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat -

Oleh: Noor Ismah Izzati Binti Abd Rauf

Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah s.w.t yang teramat luas sekali rahmat-Nya. Salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya serta para pengikutnya dan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya ucapan yang paling benar adalah Al-Quran dan As-Sunnah dan petunjuk yang paling baik adalah petunjuk dari Nabi Muhammad s.a.w dan seburuk-buruknya perkara adalah perkara yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan adalah bida’ah. Setiap bida’ah adalah sesat dan setiap kesesatan itu berakhir di neraka jahanam.

Alhamdulillah, dengan taufik dan hidayah yang diberi oleh-Nya saya telah memilih tajuk ‘Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat’ untuk dijadikan sebagai penulisan bagi tatapan para pembaca disamping dapat mengisi khazanah ilmu pengetahuan.

Tidak sedikit orang yang merasa kekurangan jiwa, kehidupan yang didominasi oleh material atau kebendaan dan juga pemikiran yang dikuasai oleh syaitan. Ini adalah kerana ternyata jauhnya manusia dari Allah sehingga syaitan masuk ke dalam rumah-rumah mereka menggantikan kedudukan malaikat rahmat. Sebagaimana yang diketahui, banyak manfaat yang diperolehi apabila masuknya malaikat rahmat ke dalam rumah kita antaranya ia akan menjaga orang yang beriman pada ketika waktu tidur mahupun ketika terjaga, memanjatkan doa untuk orang-orang yang beriman, melindungi para hamba Allah s.w.t yang beriman dan meneguhkan jiwanya, menyeru keampunan kepada Allah Taala bagi orang-orang yang beriman, mengucapkan amin bersama-sama orang yang beriman ketika solat, mencegah dan mengusir syaitan dari orang-orang yang beriman dan juga memantapkan iman dan ketenangan di rumah orang yang beriman.

Oleh itu, seorang mukmin hendaklah berusaha mempertahankan keberadaan para malaikat di rumahnya serta melakukan pelbagai amal ibadah yang membolehkan malaikat rahmat senang untuk memasuki rumahnya. Firman Allah, “Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatnya (memohonkan ampunan untukmu) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang)…” (al-Ahzab: 43)

Tugas yang diberikan Allah Taala kepada malaikat untuk kepentingan manusia antaranya ialah meniupkan roh kepada janin yang berada dalam kandungan ibu, baik dari kalangan orang yang beriman mahupun orang kafir, menyampaikan wahyu, memelihara seluruh manusia, mengawasi dan mencatat setiap amal perbuatan manusia serta mencabut roh manusia atas perintah Allah. Malaikat juga mempunyai tugas khusus terhadap orang-orang yang beriman antaranya ialah memberikan kecintaan kepada orang-orang yang beriman, meluruskan jalan kehidupan orang-orang yang beriman, mencatat pahala bagi orang yang melaksanakan solat Jumaat, turun di tempat yang mengadakan pembacaan Al-Quran dan majlis ilmu, melawat jenazah bagi orang yang soleh, menaungi orang yang mati syahid dengan sayapnya, melindungi Makkah dan Madinah dari dajal dan membacakan selawat bagi orang-orang yang memberikan kebajikan kepada orang lain, mengimami solat di masjid, solat pada saf pertama, bersahur untuk berpuasa, membaca selawat ke atas Nabi serta menziarahi orang yang sakit.

Pada umumnya, hubungan malaikat dengan manusia sangat rapat. Ini adalah kerana malaikat mengawasi dan memberikan perhatian kepada manusia semasa diciptakan, memelihara manusia ketika dilahirkan, mengawasi gerak-geri dan perbuatan manusia serta mengambil roh manusia ketika tiba waktu ajalnya. Ini dibuktikan menerusi firman Allah: “Sama sahaja (bagi Tuhan), sesiapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan sesiapa yang berterus-terang dengan ucapan itu, dan sesiapa yang bersembunyi di malam hari dan yang berjalan di siang hari. Bagi manusia, ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran di depan dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah...” (Surah ar-Ra’d:10-11)

Imam Mujahid berpendapat bahawa “Tidak ada seorang hamba yang tidak dijaga oleh malaikat yang diutus oleh Allah, baik ketika tidur mahupun berjaga serta dari kejahatan jin, manusia dan haiwan. Jika ada kejahatan dari jin, manusia dan haiwan yang berbisa, malaikat akan berseru: ‘Awas, ada itu... itu!’. Oleh yang demikian, selamatlah orang tersebut melainkan jika Allah mengizinkan atau mentakdirkan lain.” Antara tugas lain yang dipikul oleh malaikat adalah menjadi pendamping manusia yang ditugaskan untuk memelihara amal manusia. Sementara itu, dua pendamping manusia yang terdiri dari jin dan malaikat sentiasa berada dalam keadaan yang bertentangan dimana jin menyeru manusia untuk melakukan kejahatan manakala malaikat menyeru manusia untuk melakukan kebaikan.

Kita juga haruslah mengenali syaitan dan berwaspada terhadap kewujudannya. Syaitan telah diperkenankan oleh Allah untuk terus hidup sehingga ke hari kiamat sebagaimana firman-Nya: “ Maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh sampai (suatu) waktu yang ditentukan.” Oleh yang demikian, syaitan bertekad untuk mencapai tujuan iaitu menyesatkan manusia sebagaimana yang diabadikan dalam Al-Quran, “Iblis berkata: ‘Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang beriman di antara mereka.” (al-Hijr: 39-40)

Iblis laknatullah telah menetapkan tempat medan pertarungan iaitu bumi. Syaitan telah mengambil langkahnya di muka bumi dengan menghias atau mempercantik perbuatan buruk dan jahat sehingga ia dianggap baik oleh manusia agar manusia terpedaya dan melakukan perbuatan maksiat. Di antara yang dilakukan oleh iblis atau syaitan adalah dengan menyesatkan manusia secara perlahan-lahan, memperindah perbuatan maksiat, menamai kemaksiatan dengan nama-nama yang indah, menamai ketaatan dengan nama-nama yang menakutkan, menyusup ke dalam jiwa dari jalan yang paling disukai serta menghalang kebenaran. Sebagaimana yang diketahui, syaitan memiliki banyak pintu untuk menyesatkan manusia diantaranya kebodohan (jahil), kebencian atau kemarahan, kecintaan pada dunia, cita-cita yang terlalu tinggi, tamak terhadap dunia, bakhil, sombong, suka dipuji, riak, suka membangga diri (‘ujub), gelisah dan keluh kesah, mengikuti hawa nafsu, buruk sangka serta putus asa terhadap rahmat Allah Taala.

Sekiranya keimanan seseorang telah kuat, ikhlas dan berada pada landasan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala, syaitan tidak akan mampu menguasainya. Kita juga dapat menghindari syaitan dengan sentiasa berwaspada atau berhati-hati dari godaannya, selalu membaca Al-Quran dan mengamalkan Sunnah Rasulullah s.a.w yang dapat membimbing manusia berada pada landasan yang lurus, meminta pertolongan dari Allah Taala, melakukan zikrullah, selalu bergabung dengan Jama’atul Muslimin serta bertaubat dan beristighfar.

Antara rumah-rumah yang tidak dimasuki malaikat ialah rumah orang yang memutuskan silaturahim, rumah orang yang menderhakai orang tua, rumah orang yang memakan harta anak yatim, rumah orang yang memakan harta riba, rumah yang terdapat anjing, rumah yang ditempati syaitan, rumah orang yang suka mencaci maki, rumah yang di dalamnya terdapat gambar (patung), rumah yang di dalamnya ada nyanyian dan alat muzik, rumah yang di dalamnya terdapat loceng, rumah yang penuh ratapan menangisi mayat, rumah yang di dalamnya terdapat minuman keras dan perjudian, rumah yang di dalamnya terdapat kemusyrikan, rumah yang dijadikan tempat permainan dadu, rumah yang terdapat benda haram, rumah orang-orang yang terkutuk, rumah yang berbau busuk, rumah yang penghuni lelakinya memakai Za’faran (bau-bauan wanita), rumah seorang pemboros, penghuni yang melakukan kemaksiatan, rumah yang digunakan untuk perbuatan keji dan rumah yang melakukan dosa besar.

Malaikat tidak akan turun kepada suatu kaum yang didalamnya ada orang yang memutuskan tali silaturahim. Oleh yang demikian, kita haruslah menyambung silaturahim dengan cara mengunjungi kaum kerabat dan saudara-mara serta memelihara mereka dengan hal-hal yang dapat memperbaiki keadaan mereka dan memenuhi keperluan mereka sehingga kita akan memperolehi rahmat Allah dan doa para malaikat. Kita juga haruslah memiliki identiti al-hubb fillah (cinta kerana allah) dan al-bughd fillah (benci kerana Allah). Malaikat rahmat juga tidak akan memasuki rumah orang yang menderhakai orang tua dan ia adalah termasuk dalam dosa besar. Sebagaimana yang kita ketahui, menderhakai orang tua adalah termasuk perbuatan yang dibenci oleh Allah dan merupakan salah satu dosa besar yang akan membawa ke neraka Jahannam. Selain itu, ia juga akan menyebabkan amal soleh pelakunya tidak diterima oleh Allah.

Bagi mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim, malaikat tidak akan memasuki rumahnya. Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t telah mengancam keras pemakan harta anak yatim dengan dua ancaman iaitu perutnya penuh dengan api dan akan dimasukkan ke dalam neraka. Rasullullah s.a.w bersabda: “Jauhilah olehmu tujuh mubiqot iaitu syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari medan pertempuran serta menuduh perempuan baik melakukan zina.” Jika kita mengharapkan keredhaan Allah, baik di dunia mahupun akhirat serta mengharapkan rumah kita dimasuki malaikat rahmat, janganlah kita memakan harta anak yatim. Justeru, kita seharusnya menjadi penjamin kehidupan mereka dan memberi pendidikan yang baik bagi mereka.

Pada harta yang halal terdapat keberkatan dan jaminan dari keharaman. Oleh itu, kita mesti memohon kepada Allah agar memiliki usaha yang halal dan amal ibadah kita diterima. Pemakan riba akan ditimpa bencana dan pelbagai penyakit serta azab diakhirat iaitu dengan dilempari batu ke mulutnya. Apabila tersebarnya riba juga adalah salah satu tanda sudah dekatnya hari kiamat. Kerana itu, kita mestilah bersungguh-sungguh menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang halal dan diperolehi dengan cara yang halal.

Majlis yang kosong dari zikrullah dan diiringi oleh perbuatan yang sia-sia adalah merupakan majlis syaitan yang dijauhi malaikat rahmat. Rumah seperti ini dipenuhi pelbagai dosa dan kelalaian kepada Allah Taala. Di antara majlis-majlis yang tidak akan didekati oleh malaikat rahmat ialah majlis yang kosong dari zikrullah, majlis yang kosong dari selawat ke atas Nabi serta orang yang mahu menang sendiri yakni terjadinya pendebatan. Malaikat rahmat akan turun pada majlis yang meninggalkan perbuatan maksiat di dalam majlis, meninggalkan kemungkaran dan perbuatan dosa serta mencegah orang yang menyakiti jiwa dan merosakkan harta orang lain di majlis tersebut.

Jika kita mengharapkan malaikat rahmat selalu mengunjungi rumah dan keluarga kita, maka kita haruslah memelihara lidah. Ini adalah kerana akibat lidah lah seseorang akan dimasukkan ke syurga atau neraka. Contohnya, kita haruslah mengawal kemarahan dengan tutur kata yang baik kerana hal itu merupakan akhlak Al-Quran yang jelas keutamaannya. Ucapan yang baik dan manis dapat berfungsi sebagai ‘sihir’ yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kelapangan dada. Perbuatan mencaci-maki bukanlah kebiasaan bagi seorang muslim dan bukan akhlak orang yang mukmin kerana seorang muslim dan mukmin disifati Allah sebagai orang yang memiliki rasa kasih sayang diantara satu sama lain dan saling menolong dalam kebajikan. Kita juga tidak seharusnya mencaci-maki para sahabat yang telah berjihad bersama Rasulullah s.a.w memperjuangkan Islam, orang yang telah meninggal dunia, mencaci maki angin, penyakit yang menimpa diri, mengutuk zaman atau kejadian alam serta mencaci maki secara umum. Perbuatan mengutuk dan mencela itu merupakan perbuatan yang sangat merugikan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Darda r.a: “Orang-orang yang suka mengutuk tidak akan memberi syafaat dan tidak akan menjadi saksi pada hari kiamat.”

Syariat Islam telah mengharamkan kewujudan patung kerana patung merupakan jambatan pembuka kepada penyembahan berhala. Gambar (patung) ini diharamkan kerana ia dianggap telah meyerupai ciptaan Allah Taala. Akan tetapi, gambar atau patung yang dibolehkan untuk berada di rumah kita jika kita memenuhi syarat antaranya ialah setiap gambar atau patung yang tidak bernyawa seperti sungai dan pepohon atau pemandangan alam, gambar seperti kad pengenalan atau yang berkaitan dengan ilmu kedoktoran (kesihatan) dan hal lain yang bersifat darurat serta pemainan untuk anak-anak kecil. Malaikat yang tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar adalah malaikat yang tugasnya menyebarkan keberkatan, rahmat dan permohonan ampun manakala malaikat hafazhah (pencatat amal) tetap memasuki rumah dan tidak akan pernah meninggalkan Bani Adam kerana tugas mereka adalah sebagai pencatat amal setiap manusia.

Rumah yang di dalamnya ada nyanyian dan alat muzik juga tidak akan dimasuki malaikat rahmat. Semestinya kita ingin menghiburkan jiwa dengan nyanyian atau lagu yang menyenangkan kerana manusia memiliki kecenderungan seperti itu. Islam merupakan agama yang suci dan ia memelihara jiwa manusia serta menghormati keinginan fitrahnya. Oleh kerana itu, Islam menganjurkan nyanyian yang diambil dari bacaan Al-Quran untuk menggantikan nyanyian yang diharamkan. Jika Islam dikatakan telah mengganti perzinaan dengan pernikahan serta perjudian dengan transaksi gadai, maka Islam juga telah mengharamkan seruling syaitan yakni nyanyian yang diharamkan dengan mendengarkan bacaan Al-Quran. Al-Quran lebih berhak untuk dibaca melalui kemerduan suara kerana Al-Quran adalah Kitabullah, di samping pembacanya sendiri akan mendapat pahala yang besar. Sabda Rasullullah s.a.w: “ Hiasilah Al-Quran dengan suaramu....”

Bagi seorang muslim, mengajari keluarganya hal-hal yang berkaitan dengan agama merupakan sebuah kewajipan dan menyuruh keluarganya mengerjakan segala sesuatu yang diperintahkan Allah dan menjauhi larangan-Nya. Meratapi dan menangisi mayat adalah merupakan perbuatan kaum jahiliah. Banyak kerugian dan azab bagi orang yang meratapi mayat antaranya malaikat tidak akan membacakan selawat untuknya serta dia akan mengenakan baju dari bahan tar dan kain dari kotoran besi pada hari kiamat kelak dan dijauhi rahmat Allah Taala. Oleh itu, jika kita ingin mendapat keredhaan Allah dan mengharapkan rumah kita dimasuki malaikat rahmat, hendaklah kita menghiasi diri dengan ajaran Islam dengan bersabar menghadapi musibah dan tidak gelisah kerana itu semua adalah ujian dari Allah.

Selain itu, rumah yang di dalamnya terdapat benda haram juga akan dijauhi oleh malaikat rahmat. Sikap menjauhi barang-barang haram mencerminkan kemewahan dan mendatangkan pelbagai kebaikan. Sebaliknya, jika kita memiliki dan menggunakan barang- barang yang haram, ia akan menjadi penyebab berlakunya bencana. Misalnya, lelaki yang memakai pakaian yang berasal dari bahan sutera atau emas akan diharamkan memakai keduanya di akhirat kelak. Selain itu, minum dengan menggunakan cangkir atau bahan emas atau perak yang beerti dia telah meneguk api neraka. Pengharaman didasarkan pada keadaan bahawa barang-barang ini mengesankan pemborosan dan kemewahan dan yang paling penting ialah kerana bahan-bahan seperti ini tidak sesuai dengan kudrat seorang lelaki. Rasulullah s.a.w telah bersabda: “ Pakaian sutera dan emas diharamkan bagi umatku yang lelaki dan dihalalkan untuk kalangan wanitanya.”

Rumah orang-orang yang terkutuk juga tidak akan dimasuki oleh malaikat rahmat seperti golongan orang yang dikategori pemabuk, pembawa minuman keras, orang yang memerah minuman keras, penjual minuman keras, pemakan riba, orang yang meratapi mayat sambil berteriak tentang kecelakaan, perasuah, orang yang dirasuah, orang yang mengubah ciptaan Allah, lelaki yang meniru wanita, wanita yang meniru lelaki, lelaki yang menyetubuhi isteri pada duburnya, orang yang mencaci maki kedua ibu bapanya, homoseksual, wanita yang tidak mahu memperkenankan hajat atau permintaan suami dan orang yang meninggalkan solat.

Kesimpulannya, kita haruslah meninggalkan perkara-perkara bidaah kerana setiap bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan itu berakhir di neraka Jahannam. Insan yang ingkar pada perintah-Nya akan merasa kegelisahan jiwa serta mementingkan unsur material atau kebendaan dalam kehidupan. Pemikiran yang telah dikuasai oleh syaitan dan rumah-rumah mereka dipenuhi iblis yang menggantikan kedudukan malaikat rahmat akan menyebabkan hati mereka tertutup untuk menerima kebenaran. Semoga setiap rumah muslim akan sentiasa dikunjungi malaikat rahmat. Insya Allah.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Hak & Kewajipan Perempuan Dalam Islam -

Oleh: Shazwani Bt Ahmad

Hak & Kewajipan Perempuan Dalam Islam

Hak dan kewajipan perempuan dalam Islam’ adalah sebuah buku yang menjelaskan tentang kewajipan- kewajipan kaum perempuan serta tanggungjawab mereka.Selain itu juga, ianya menjelaskan tentang layanan ke atas perempuan semasa Peradaban Kuno iaitu peradaban Cina, India, Babylon, serta Yunani..
Status perempuan juga diperjelaskan dengan lebih lanjut lagi dalam status perempuan bagi agama Yahudi,Kristian serta pagan( tiada agama).Ianya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu perempuan dalam peradaban kuno, bahagian kedua, hak-hak perempuan dalam Islam, dan bab ketiga kewajipan perempuan mengenai kewajipan perempuan dalam Islam.

Didalam bahagian pertama ianya mengambarkan status kaum perempuan dalam peradaban kuno.Perempuan umumnya selalu ditindas disamping tidak mendapat keadilan yang sewajarnya.Kaum perempuan kehilangan hak sebagai warga dan juga hak asasi manusia bermula dari sebagai bayi,remaja, para isteri mahupun sebagai ibu.Bagi Peradaban Cina, sistem feudal telah merubah martabat perempuan dimana mereka ditekankan untuk menurut segala perintah ketua keluarga iaitu ayah tanpa membantah contohnya ayah mempunyai kedaulatan sepenuhnya ke atas tanah dan juga berhak menjual isteri dan anaknya. Bangsa Cina memperlakukan perempuan tanpa rasa hormat dan seolah- olah membebankan mereka dan sangat malu jika memiliki anak perempuan kerana anak lelaki dikatakan mampu menanggung keluarga dan boleh berkerja keras sedangkan perempuan tidak kerana perempuan perlu dibiayai pernikahannya ketika dewasa.Pembunuhan terhadap bayi perempuan merupakan perkara biasa dan akan dilakukan jika melebihi dari daya kemampuan mereka.Selalunya bayi ini akan diletakkan di tengah-tengah ladang dan dibiarkan mati kesejukan atau dibaham binatang buas.

Begitu juga dengan di Peradaban India, masyarakat India sehingga hari ini masih lagi menyangkal peranan sosialnya dan tidak memberikan hak atau kebebasab kepada kaum perempuan.Weda merupakan kitab suci yang mengandungi ajaran-ajaran agama Brahma.Kitab ini menyebut bahawa terdapat perbezaan diantara lelaki dan perempuan bahawa sepanjang hidupnya perempuan tidak mempunyai apa-apa hak dalam membuat keputusan dalam hidup sekalipun bersangkutan dengan rumahtangganya sendiri.Perempuan perlu tunduk kepada kemahuan lelaki dan perlu dilakukan tidak lebih seperti barang dagangan yang dijual beli.Perempuan India menjadi hak ayahnya sehinggalah ia berkahwin dan menjadi hak suaminya pula,isteri perlu tinggal dan mengabdikan diri di rumah mertua dan menguruskan suaminya dengan penuh kesetiaan. Tetapi apabila kematian suami, keadaan isteri akan menjadi lebih buuruk lagi dimana, dimana dia akan dibakar hidup-hidup bersama-sama mayat suaminya tadi dan dikatakan akan menebus dosa suaminya dan dianggap paling mulia, suci dan terhormat.Jika sebaliknya, dia akan diasingkan dari masyarakat dan dianggap sama seperti binatang, isyarat kejahatan dan makhluk najis yang dapat mengotori apapun yang disentuh.
Kebanyakan masyarakat kuno memang menunjukan kekejaman yang sama terhadap kaum perempuan .Dari agama Hindu bahawa takdir, angin, kematian, ular serta neraka tidak lebih jahat dari manusia.

Peradaban Babylon juga sama seperti peradaban yang disebut sebelum ini .Bagi mereka, perempuan yang sudah cukup umur untuk dikahwinkan maka perlu dibawa ke pasar diman para lelaki berkumpul setahun sekali dan penjual yang ditugaskan akan memberikan cirri-ciri umum dari setiap perempuan dan akan menjualnya selalunya dimulakan dengan perempuan yang paling menarikdan dijual dengan harga yang tinggi dengan syarat lelaki tersebut harus mengahwininya.Selain daripada itu, jika didapati seorang perempuan memukul seorang gadis dan kemudian mati maka lelaki itu tidak akan dihukum sebaliknya anak perempuan lelaki itu yang akan dihukum mati.Tradisi yang memalukan yang disebut Durant yang menghancurkan martabat perempuan dimana setiap perempuan perlu tidur di kuil paling tidak sekali dalam hidupnya dan diharuskan melakukan hubungan seksual dengan orang yang sangat asing baginya.Perempuan tidak dibenarkan memilih mana lelaki tetapi sebaliknya lelaki akan memilih mereka dan perempuan tidak boleh menolaknya.Perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik akan dapat pulang lebih awalnya manakala yang kurang bernasib baik harus menunggu sampai beberapa bulan bahkan bertahun-tahun lamanya.

Walaupun Bangsa Yunani, percaya terkenal dengan kepandaian yang lebih maju serta serta penemuan ilimiahnya, mereka tetap memperlakukan perempuan secara tidak adil dan memalukan.Perempuan yang melahirkan anak cacat akan dihukum mati dan perempuan yang tidak melahirkan anak yang kuat juga akan dihukum mati.Bangsa Yunani sudah maju di bidang ilmu dan sastera namun mereka mencegah anak-anak gadis untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Begitulah kehidupan dalam peradaban kuno,mereka dipaksa dan dikerah untuk bekerja dengan kaum lelaki tanpa mendapat apa-apa kebaikan sebaliknya penindasan yang berterusan dn berkekalan sehingga sekarang terdapat segelintir masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan kuno ini hasil adaptasi daripada nenek moyang mereka.

Perempuan-perempuan dari Agama Yahudi serta Kristian tidak terkecuali daripada penindasan serta amalan karut ini.Si ayah boleh menyewakan anaknya bagi beberapa tempoh yang dikehendaki walaupun anak perempuan masih lagi kecil dan juga seorang ayah berhak membunuh anak perempuannya tanpa sebarang hukuman dan alasan.Bagi agama Kristian, mereka memberikan lebih penekanan terhadap isu-isu perempuan.Mereka lebih memaksa perempuan untuk tunduk kepada kaum lelaki dan menggangap lelaki sebagai pemimpin mereka.Agama Pagan pula merujuk kepada bangsa Arab sebelum kedatangan Islam dimana mereka kebanyakan melakukan pembunuhan terhadap bayi perempuan samada dengan cara dikubur hidup-hidup semasa dilahirkan.Al-Quran ada menyatakan hal ini sangat memalukan dan menjijikan disamping perbuatan terkutuk yang sangat dikecam Allah S.W.T.Daripada ini jelaslah kaum perempuan tidak ada nilainya dan dilakukan dengan kasar tanpa sebarang rasa kehormatan disamping hak-hak kebebasan mereka dirampas.Akan tetapi setelah kedatangan Islam, menciptakan peningkatan dalam status perempuan.Islam mengakui hak-hak kaum perempuan dan membuat peraturan untuk melindungi mereka dari kekejaman dan penindasan.

Gambaran status perempuan dalam peradaban kuno jelas kelihatan bahawa perempuan selalu ditindas dipisahkan dan ditentang keberadaannya.Hal ini berlangsung sehinggalah kedatangan Islan, dimana Islam dating untuk menluruskan pengertian-pengertian yang salah, melaksanakan hukum dan memulihkan kehormatan wanita.
Hak hak perempuan dalam Islam telah digariskan dalam Al-quran dan Sunnah bahawa perempuan mempunyai martabat yang tinggi dalam Islam samada sebagai ibu,wanita,anak serta seorang isteri.Ianya melingkupi samada hak untuk hidup,mendapat pengasuhan, pendidikan ,mencari pekerjaan, kebebasan memilih pasangan hidup dan hak untuk mendapat jaminan sosial.Manusia baik laki-laki mahupun perempuan dimuliakan melalui penciptaannya,Seseora ng itu berhak mendapat keistimewaan dan dan kehormatan yang samarata.Selain daripada itu perempuan mempunyai cirri-ciri yang istimewa seperti pemalu,kesukaan untuk berhias dan kelemahan saat bertengkar.

Allah S.W.T mengutuk keras bahawa sesiapa yang menganggap kelahiran seorang bayi perempuan sebagai tanda kejahatan.Malahan Allah S.W.T mendorong ibu bapa untuk menyambut gembira kelahiran bayi perempuan dan bertanggungjawab menjaga,mengasuh serta memberi pendidikan kepada nya.Oleh kerana itu jugalah, seorang isteri yang hamil yang diceraikan perlu dinafkahi demi kepentingan anak yang dikandungnya. Hak untuk mencari ilmu pengetahuan juga diketengahkan dimana, ilmu pengetahuan itu sendiri adalah wajib bagi setiap muslim dan muslimat kerana ilmu itu sangat dijunjung tinggi dan dihormati dalam Islam. Ilmu pengetahuan sangat penting sebagai halatuju kehidupan pada masa depan dan juga ibadah kepada Allah dengan benar.
Islam memberikan hak pewarisan juga kepada para isteri, ibu dan anak perempuan tanpa persoalkan usia,status atau pun jumlah yang diwarisinya.Islam juga membebaskan kaum perempuan dari ketidakadilan dan penindasan kaum laki-laki dan memneri hak-hak yang sama rata.Selain daripada itu juga, hak perempuan dalam memilih suaminya. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan hadits Nabi.Perempuan muslim memenuhi syarat menjalankan hak dan kewajipan yang sama dengan kaum lelaki dan mereka berkuasa penuh atas segalanya.Sesungguhnya Islan telah memberikan kaum perempuan hak yang lebih besar lagi iaitu hak untuk berlindung, dimana ianya menyamakan dengan status lelaki.
Bab tiga pula menfokuskan kepada tugas-tugas kaum perempuan dan rahmat disebaliknya.Islam mempercayai seorang gadis di bawah pengawasan walinya yang diharapkan dan bukanya ditindas untuk menguasai hartanya.Islam telah pun mengakhiri zaman eksploitasi kaum lelaki yang zalim sewaktu zaman jahiliah dahulu diman waktu itu kaum perempuan bergantung kepada lelaki yang memperlakukan mereka seperti mengikut kemahuan sendiri tanpa batasan.Sudah menjadi lumrah sehingga kini isteri diceraikan suami sesuka hati tanpa syarat apapun oleh itu Islam membataskan sampai tiga kali penceraian dan setelah itu tidak boleh dirujuk oleh bekas suami tadi.Lelaki dan perempuan amat berbeza dalam beberapa perkara namun ianya tidak mengubah kesamaan dalam hal kemanusiaan, ketuhanan, serta kebaikan.Malahan ianya kebijaksan Allah SWT yang menetapkan sifat-sifat mereka yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza.

Hak-hak kaum perempuan Islam dijamin oleh Allah SWT dan tidak akan berubah mahupun digantikan. Kaum perempuan telah memperolehi hak-hak ini tanpa harus melakukan pemberontakan atau pun memperjuangkan ketidakadilan terhadap mereka seperti yang dilakukan oleh bangsa Yunani dahulu dan kaum perempuan Barat sehingga sekarang.Oleh itu kita seharusnya bersyukur pada masa kini di atas setiap kenikmatan serta peluang yang diperolehi dimana kini hak-hak kaum perempuan dipandang berat serta dipelihara tidak seperti di sesetengah negara di dunia ini yang mana masyarakatnya masih lagi mengamalkan adat-adat lama tanpa merujuk kepada landasan yang betul. Alhamdullilah,Islam merupakan agama yang lengkap dan padat kerana tanpa kedatangan agama yang suci dan betul ini baik kaum perempuan mahupun kaum lelaki masih lagi dibelenggu pengetahuan yang cetek dan penuh dengan keraguan serta kesesatan tanpa pengadilan.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com